.

Sunday, February 6, 2011

[Quick Revision] F3 - Chapter 2

 ::SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA::


  1. Dalam bab 2 ini para pelajar MESTI menguasi 3 subtopik yang penting iaitu Jantung, Saluran Darah, dan Darah  
  2. Sistem peredaran darah manusia dikenali sebagai Sistem Peredaran Berganda (Double Circulation System) kerana melibatkan dua sistem iaitu Sistem Peredaran Pulmonari (Pulmonary Circulation System) dan Sistem Peredaran Sistemik (Systemic Circulation System)
  3. Sistem Peredaran Pulmonari: Penghantaran darah dari jantung ke peparu  dan dari peparu ke jantung
  4. Sistem Peredaran Sistemik : Penghantaran darah dari jantung ke seluruh sel dalam badan dan dari sel ke jantung semula. 
::PERBEZAAN DARAH BEROKSIGEN DAN TERDEOKSIGEN::


 :: STRUKTUR JANTUNG ::

Struktur jantung manusia
struktur jantung manusia (versi BM)
-klik untuk besarkan-

  • Jantung manusia terbahagi kepada 4 ruang. Ruang atas dikenali sebagai ATRIUM dan ruang bawah pula VENTRIKEL. Sila lihat gambarajah dibawah bagi memudahkan ingatan anda.
  •  Anak panah ke atas ^ : Atrium
  • Anak panah ke bawah V : Ventrikel
  • Empat ruangan jantung tersebut adalah :
  1. Atrium Kiri
  2. Ventrikel Kiri
  3. Atrium Kanan
  4. Ventrikel Kanan
  • Terdapat juga sebanyak 4 injap pada jantung manusia iaitu:
                    a) Injap Trikuspid (Tricuspid Valve)
              b) Injap Sabit (Semilunar Valve)
              c) Injap Sabit (Semilunar Valve)
              d) Injap Bikuspid (Bicuspid Valve)
  • Fungsi setiap injap ini adalah bagi memastikan darah hanya mengalir dalam satu arah sahaja atau bagi mengelakkan darah berpatah balik. (Sila lihat video di bawah)
  • Jantung kiri dan kanan dipisahkan dengan Septum. Septum ini berfungi untuk memisahkan darah beroksigen pada bahagian jantung kanan dengan darah terdeoksigen pada bahagian jantung kiri 
    ::PROSES PENGANGKUTAN DARAH MELALUI JANTUNG:: 
    1. Darah terdeoksigen memasuki jantung melalui VENA CAVA dan terus ke ATRIUM KANAN
    2. Darah terdeoksigen di atrium kanan akan dipam memasuki VENTRIKEL KANAN dan akan melalui INJAP TRIKUSPID.
    3. Darah terdeoksigen akan dipam keluar dari ventrikel kanan ke PEPARU menggunakan saluran ARTERI PULMONARI dan perlu melalui INJAP SABIT terlebih dahulu.
    4. Darah terdeoksigen memasuki peparu untuk melakukan proses pertukaran gas. Darah yang keluar dari peparu membawa oksigen dipanggil darah beroksigen.
    5. Darah beroksigen meninggalkan peparu dan memasuki ATRIUM KIRI melalui saluran VENA PULMONARI. 
    6. Darah beroksigen di atrium kiri akan dipam ke VENTRIKEL KIRI dan perlu melalui INJAP BIKUSPID.
    7. Darah beroksigen di dalam ventrikel kiri dipam keluar melalui INJAP SABIT dan terus ke AORTA 
    8. Daripada aorta darah beroksigen akan dihantar ke seluruh sel dalam badan manusia bagi melakukan respirasi.
    Ringkasan:

    VENA KAVA >ATRIUM KANAN>INJAP TRIKUSPID>VENTRIKEL KANAN>INJAP SABIT>ARTERI PULMONARI>PEPARU>VENA PULMONARI>ATRIUM KIRI>INJAP TRIKUSPID>VENTRIKEL KIRI>INJAP SABIT>AORTA>SELURUH BADAN

                                                  BIRU : DARAH TERDEOKSIGEN
                                                  MERAH : DARAH BEROKSIGEN


    ::BAGAIMANAKAH JANTUNG MENGEPAM DARAH::


    Apabila jantung mengepam darah:
    • Atrium kanan dan kiri berfungsi serentak
    • Ventrikel kanan dan kiri berfungsi serentak
    • Atrium dan ventrikel saling bertentangan (Contoh : Jika Atrium mengecut, Maka Ventrikel mengendur)   
    1. Darah memasuki Atrium Kanan  (dari Vena Cava) dan Atrium Kiri (dari peparu) dengan serentak. Kedua-dua Atrium ini sedang MENGENDUR (Relax). Apabila Atrium mengendur bermakna kedua-dua Ventrikel akan MENGECUT (Contract).
    2. Apabila Ventrikel Kanan dan Ventrikel kiri mengecut, darah yang ada pada kedua-dua ventrikel akan dipam keluar. Darah dari Ventrikel Kanan akan memasuki Jantung manakala darah di Ventrikel Kiri akan dipam ke Aorta dan dihantar ke seluruh badan.
    3. Kemudian, Atrium Kanan dan Atrium Kiri pula akan MENGECUT bagi mengepam darah memasuk ventrikel. Atrium Kanan akan mengepam darah ke Ventrikel Kanan manakala Atrium Kiri mengepam darah ke Ventrikel Kiri. 
    4. Apabila Ventrikel Kanan dan Ventrikel Kiri menerima darah daripada Atrium, kedua-kedua Ventrikel akan MENGENDUR.
    5. Langkah (1) diulang semula dan berterusan.
    Sambungan:

    ::SALUR DARAH DAN FUNGSINYA::

    • Terdapat 3 jenis saluran darah yang membantu dalam sistem peredaran darah manusia
    • Salur darah tersebut adalah Arteri (Artery), Vena (Vein) dan Kapilari (Capillry).
    • Berikut adalah perbandingan antara Arteri, Vena dan Kapilari:
    Hubungan antara arteri (merah), vena(biru) dan kapilari darah

    Struktur arteri - vena - kapilari

    Klik pada jadual untuk dibesarkan
    • Para pelajar sekalian, saluran Arteri membawa darah beroksigen KECUALI saluran Arteri Pulmonari. Saluran arteri bersambung dengan Aorta di jantung menyebabkan tekanan tinggi di pada arteri. Oleh itu, bagi mengelakan dari saluran arteri pecah, dinding arteri sangat tebal dan kenyal bagi menampung tekanan darah. Disebabkan dindingnya tebal maka Lumen arteri adalah kecil. Selain itu, pada arteri tiada injap kerana tekanan darah yang tinggi dapat memastikan darah mengalir dengan laju dan tidak mungkin akan berpatah balik.
    • Vena pula berfungi untuk mengangkut darah terdeoksigen diseluruh badan KECUALI saluran Vena Pulmonari. Vena mempunyai tekanan darah yang rendah menyebabkan darah bergerak perlahan dan tidak boleh dibawa ke jantung. Bagi mengatasi masalah ini, vena mempunyai injap bagi memastikan darah terus dipam ke jantung tanpa berpatah balik. Disebabkan tekanan rendah, dindingnya nipis dan kurang kenyal manakala lumennya besar.
    • Kapilari menghubungkan antara arteri dan vena. Ia boleh membawa dara beroksigen dan terdeoksigen kerana di kapilari darah berlaku proses pertukaran bahan pada sel badan seperti gas (oksigen dan karbon dioksida), nutrien (glukosa) serta bahan buangan.
    :: Darah Manusia :: 
    Darah manusia sebenarnya terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu PLASMA dan SEL-SEL DARAH. Sekiranya kita melakukan pengasingan darah, kita akan dapat melihat 2 bahagian darah tersebut.
     Berdasarkan gambarajah tersebut, 55% adalah plasma dan 45% adalah sel-sel darah.

    ::PLASMA::
    • Cecair yang berwarna kuning-kekuningan.
    • 90% daripada plasma itu adalah air.
    • Kandungan lain adalah : Nutrien (Glukosa, Asid amino) , Protein terlarut, Garam mineral (Kalsium, Ferum, Magnesium) , Hormon, dan Bahan buangan seperti Urea.
    • Fungsi:  (1) Mengangkut bahan yang diperlukan oleh sel. (2)Membawa bahan buangan daripada sel-sel badan.
     ::SEL DARAH MERAH::

    • Berbentuk Dwicekung (Biconcave)
    • Tiada nukleus
    • Mengandungi pigmen berwarna merah yang dikenali sebagai Hemoglobin
    • Dihasilkan di Tulang sumsum
    • Sekiranya sel darah merah telah rosak, ia akan dimusnahkan di hati dan limpa
    • Jangka hayat sel darah merah adalah selama 4 bulan.
    • Fungsinya adalah untuk mengankut oksigen dan karbon dioksida.
    Klik pada gambar untuk besarkan
    Klik pada gambarajah untuk besarkan

    ::SEL DARAH PUTIH::
    • Tiada bentuk yang tetap, Tiada Hemoglobin dan tiada warna
    • Lebih besar daripada sel darah merah
    • Mempunyai nukleus
    • Sel darah putih dihasilkan di tulang sumsum dan kelenjar limfa
    • Jangka hayat sel darah putih adalah 2 hari hingga 2 bulan
    • Fungsinya : (1) Membunuh bakteria (2) Menghasilkan antibodi
    Klik gambarajah untuk besarkan
    ::PLATELET::
    Klik pada gambarajah untuk besarkan
    • Platelet adalah cebisan sel darah yang dihasilkan di tulang sumsum
    • Tiada nukleus
    • Tiada bentuk yang tetap
    • Jangka hayatnya adalah beberapa jam hingga 9 jam
    • Fungsi: Membantu pembekuan darah apabila luka. Ia mengelakkan pendarahan berlebihan

    BAGAIMANA PEMBEKUAN DARAH BERLAKU?

    ::KUMPULAN DARAH::
    Darah manusia mempunyai jenis-jenis darah yang berbeza iaitu kumpulan darah A, B, AB dan O.
        Dengan jadual yang cikgu sediakan diatas, para pelajar akan lebih mudah memahami konsep kumpulan darah manusia. Berikut adalah huraian ringkas berkenaan kumpulan darah:
    • Penderma darah dari kumpulan darah A hanya boleh mendermakan darahnya kepada kumpulan darah A dan AB.
    • Penderma darah dari kumpulan B  hanya boleh mendermakan darahnya kepada kumpulan darah B dan AB.
    • Penderma darah AB hanya boleh mendermakan darahnya kepada kumpulu darah AB sahaja.
    • Penerima darah dari kumpulan A hanya boleh menerima  dari kumpulan A dan O
    • Penerima darah dari kumpulan AB boleh menerima darah dari kumpulan A, B, AB dan O
    • Penerima darah dari kumpulan O hanya boleh menerima darah dari kumpulan O sahaja
    • Sekiranya penerima darah menerima darah yang tidak sesuai, darah penerima darah itu akan bergumpal yang boleh menyebabkan kematian. Contoh: Orang darah A hanya boleh menerima darah dari kumpulan A dan O sahaja. Tetapi jika dia menerima darah kumpulan B, darah dalam badanyan akan bergumpal dan boleh menyebabkan kematian.
    Para pelajar juga perlu mengetahui berkenaan:
    1. PENDERMA DARAH UNIVERSAL : Kumpulan darah O [Boleh menderma kepada semua kumpulan darah]
    2. PENERIMA DARAH UNIVERSAL : Kumpulan darah AB [Boleh menerima darah dari semua jenis kumpulan darah] 
    ::PENGANGKUTAN DALAM TUMBUHAN::


    Para pelajar sekalian, sistem pengangkutan pada tumbuhan melibatkan tiga organ penting pada tumbuhan iaitu akar, batang dan daun. Sistem pengangkutan ini dibantu oleh proses TRANSPIRASI. Pengangkutan air pada tumbuhan menggunakan saluran XILEM dan pengangkutan makanan (hasil fotosintesis) menggunakan saluran FLOEM.

    ::PROSES TRANSPIRASI::
    1. Transpirasi adalah proses apabila tumbuhan kehilangan air melalui penyejatan menerusi daun dan batang tumbuhan.
    2. Air dan garam mineral dari dalam tanah meresap masuk ke dalam akar pokok
    3. Air merentasi dari satu sel ke satu sel yang lain dan memasuki saluran XILEM
    4. Tekanan transpirasi menarik air bergerak sepanjang saluran XILEM hingga ke sel-sel pada daun.
    5. Air tersejat dari sel-sel daun ke permukaan daun dan terbebas ke udara menerusi liang-liang STOMATA.
    Apakah kepentingan proses Transpirasi bagi tumbuhan?

    • Menyejukkan tumbuhan dengan penyejatan air
    • Mengangkut air dan mineral daripada akar ke daun
    • Memastikan kesegahan sel sebagai sokongan kepada tumbuhan
    • Menyingkirkan air yang berlebihan dari tumbuhan
     Apakah faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi tumbuhan?
    • KELAJUAN ANGIN - Semakin laju angin, semakin banyak air tersejat, kadar transpirasi bertambah.
    •  SUHU - Semakin tinggi suhu (panas), semakin banyak air tersejat, kadar transpirasi bertambah
    •  KELEMBAPAN - Semakin lembap persekitaran (banyak wap air), semakin kurang air tersejat, kadar transpirasi berkurang
    •  ALTITUD - Semakin tinggi altitud (kawasan tinggi), semakin kurang tekanan atmosfera, lebih banyak air tersejat, kadar transpirasi bertambah
    •  TUMPUAN CAHAYA - Semakin tumpu cahaya, lebih besar liang stoma dibuka, semakin banyak air tersejat, kadar transpirasi bertambah
    •  AIR - Sekiranya bekalan air berkurangan, tumbuhan akan layu, liang stomata akan ditutup, semakin kurang air tersejat, kadar transpirasi berkurang

    ::SISTEM PENGANGKUTAN TUMBUHAN::

    Bahan utama yang diangkut oleh tumbuhan berbunga adalah AIR (mengandungi garam mineral daripada tanah) dan MAKANAN (dihasilkan di daun semasa fotosintesis).


    XILEM:
    • Mengangkut air dan garam mineral daripada tanah naik ke daun.
    • Memberi sokongan kepada tumbuhan
    • Mengandungi banyak saluran yang mengangkut air
    FLOEM:
    • Mengangkut makanan (Seperti glukosa) daripada daun ke seluruh bahagian tumbuhan
    KAMBIUM:
    • Menghasilkan sel-sel xilem dan floem yang baru.   
    =TAMAT=

      7 comments:

      Anonymous said...

      sALAM CIKGU REMY SAYA COPY NOTA CIKGU INI UTK DI SHARE DENGAN ANAK MURID SAYA...HARAP DIHALALKAN YE...

      Unknown said...

      Cg Remy, saya nak share bahan dari blog cg . Minta keizinan. Blog yang cukup menarik.

      Yoroshiku said...

      nice note! bole cpat ingat dgn nota yg b'wrna-wrni...hehe

      Unknown said...

      Cikgu Remy, mengapakah darah perlu dibawa melalui peparu?

      AI - sista said...

      Thanks cg raimi.. sy fhn sgt sgt. Tapi sy keliru dgn tekanan darah rendah di kapilari darah... sesetengah kata aliran lju.. dan ada yg ckp prlahan. Knapa?

      Unknown said...

      sama2.. Di kapikari darah, tekanan darah sangat rendah dan kelajian darah sangat perlahan kerana untuk membenarkan pertukaran gas berlaku dengan sel2 badan.. Cuba bayangkan jika darah bergerak dgn laju, susah untuk membuat pertukaran gas... Mmc org nak naik n keluar bas sekolah.. Kalau bas begerak laju susahkan? Kalau bas plahan dan behenti barulah bleh penumpang naik dan turun bas..

      Unknown said...

      saya nak tanya,, apakah kepentingan salur darah dalam proses pertukaran bahan yang diperlukan oleh manusia?

      Post a Comment

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...