.

Monday, February 7, 2011

Teknik Belajar Sains dengan BERKESAN...

Assalamuaikum wbt dan Salam Sejahtera...



Betul kee SAINS susah? Sebenarnya Sains merupakan satu subjek yg menarik dan mudah dipelajari sekiranya dipelajari dengan teknik yang betul. Cikgu akan berikan tip-tip yang boleh membantu anda untuk cemerlang dalam Sains. Berikut adalah beberapa cara yg difikirkan boleh memudahkan proses pembelajaran Sains.

a) Buat ulangkaji selalu.
  • Jangan biarkan topik-topik bertambah sebelum memulakan ulangkaji. Ulangkaji awal supaya anda tidak menyesal dan panik melihat banyak topik yg belum diulangkaji. So, kena la mula study awal-awal. Bukan last minutes!
b) Belajar Sains setiap minggu.
  • Tidak kisah apa jenis Sains, belajarlah Sains setiap minggu. Jangan asyik mempelajari subjek-subjek lain sahaja. Siapkan homework dan latihan yang diberikan dan tidak menunggu sehingga peperiksaan hampir tiba. 
c) Cuba buat semua bentuk soalan.
  • Buat semua bentuk soalan, sama ada soalan aneka pilihan (objektif), struktur (subjektif) atau essei. Jangan hanya memilih bentuk-bentuk soalan yg disukai sahaja.
  • Beli buku-beli kerja yg memberikan model jawapan. Dengan cara begini, anda boleh membandingkan jawapan anda dengan contoh/model jawapan yg diberikan. Bazirkanlah sedikit wang untuk membeli buku latihan, bukan apa..kalau Topup handphone tak payah suruh memang konfem beli kan? Kan?
d) Beli buku-buku soalan tahun-tahun lepas.
  • Tujuannya adalah supaya anda dapat membiasakan diri dengan bentuk-bentuk soalan peperiksaan. Anda juga akan tahu bentuk-bentuk soalan yang kerap keluar dalam peperiksaan.
  • Cuba jawab soalan-soalan ini selalu supaya secara tidak langsung anda akan tahu teknik menjawab soalan yang sebenar. Kemungkin soalan yang sama akan berulang dalam bentuk yang sedikti berbeza.
  • Cara begini juga, anda akan mempelajari banyak topik kerana dalam proses mencari jawapan, anda secara tidak langsung telah membuat mengulang kaji dan mengingati point-point pentin bagi topik tersebut.
e) Berikan tumpuan dan perhatian kepada POINT-POINT Penting dalam nota. Ulang sehingga faham.
  • Fungsi? (Bagi setiap struktur seperti sel, organ, bahan, injap pada jantung anda mesti tahu apa fungsinya).
  • Ciri-ciri? (Apakah ciri-citi proses tertentu dalam sel seperti mitosis, meiosis...)
  • Di mana? (Fikirkan di mana sesuatu proses itu berlaku, sebagai contoh fotosintesis)
  • Contoh? (Mesti boleh memberikan contoh-contoh spesifik seperti contoh-contoh injap dalam jantung)
  • Kesan? (Banyak soalan berkenaan kesan yang berlaku apabila sesuatu proses atau kejadian. Sebagai contoh, Berikan kesan asap rokok terhadap manusia? )
  • Faktor-faktor? (Ketahui apakah faktor-faktor yang boleh memberi kesan ke atas sesuatu proses atau kejadian seperti kadar penyejatan atau kadar fotosintesis)
  • Carta? (Kaji dan fahami apa yang ingin disampaikan melalui carta seperti graf, carta pie atau jadual)
  • Mengapa? (Dalam sains, anda perlu sering bertanya...mengapa ia berlaku? Sebagai contoh Mengapa darah boleh membeku, Kenapa berlaku kejadian siang dan malam. Sekiranya anda menjawab segala persoalan bagi setiap topik. Pastinya anda sangat menguasi subjek sains.
  • Melukis serta melabel? (Kaji diagram atau gambar dengan teliti. Buat latihan melukis dan melabelnya tanpa melihat diagram asal. Sains memang memerlukan kemahiran seni melukis. Ini membantu anda untuk mengetahui setiap struktur. Contoh, Lukiskan diagram jantung manusia dan labelkan)
  • Definisi? (Apabila mempelajari sesuatu yang baru, pastikan definisi diketahui terlebih dahulu. Ia merupakan kerangka penting kepada pemahaman anda. Sebagai contoh, Apakah definisi Respirasi? Apakah Definisi Sistem Peredaran Pulmonari)
Bila anda belajar Sains dgn cara yg betul dan sesuai, anda sebenarnya mula menjawab Sains dgn lebih baik. Sekiranya anda mengalami masalah untuk memahami sesuatu topik dalam subjek. Perlulah segera berjumpa dengan guru-guru sains untuk memudahkan pemahaman anda. Lebih rajin anda lebih besar peluang anda untuk dapat A untuk subjek SAINS. Ok lah, sekian sahaja dari cikgu buat kali ini. Jumpa lagi pada next entry.


SCIENCE IS EASY!!

1 comments:

Azhadi A.K.A Hadi said...

woit cikgu remy..lame x update blog... ;(

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...