Cuti telah bermula.. Sempena TBC, kebanyakkan sekolah telah memulakan cutinya pada 29 Januari hingga 6 Februari 2011. Dikesempatan ini, cikgu ingin merakamkan ucapan Gong Xi Fa Chai kepada semua pelajar yang berbangsa Cina dan semua warga pendidik SMK Durian Tunggal, Melaka. Seminggu bercuti terasa pantas berlalu. Namun cikgu mengharapkan cuti ini memberi sedikit ruang dan masa untuk anda menilai sejauh mana kemampuan diri anda.. Andakah anda sudah bersedia untuk menempuh cabaran 2011? Lebih-lebih lagi bagi pelajar yang akan menghadapi PMR dan SPM..Mampukah anda untuk mendapat A untuk semua subjek? Justeru, masa amat penting bagi anda semua.
Tips cikgu kali ini adalah:
- Janakan jadual waktu belajar persendirian untuk mengulangkaji setiap pelajaran.
- Agihkan masa pembelajaran anda mengikut keperluan diri anda. Sebagai contoh: Sekiranya anda lemah dalam subjek matematik, maka masa untuk ulangkaji Matematik dilebihkan.
- Belajar mestilah berterusan dan istiqamah. Perlu berdisiplin dengan jadual yang telah anda tetapkan. Kurangkan hiburan..no AF..no Wayang..Less Handphone..Kurangkan melepak tanpa tujuan dan kurangkan tidur..
- Buat latihan dan soalan-soalan dengan lebih banyak. Soalan-soalan itu akan membantu anda menguji tahap pemahanan anda.
- Segera bertemu dengan guru sekiranya menghadapi masalah dalam pembelajaran. Orang yang malu mencari ilmu adalah orang yang paling memalukan..
- Menjaga pemakanan supaya otak dapat berfungi dengan maksimum. Contohnya, banyakkan memakan sayur-sayuran, buah-buahan, kismis, kurma dan yang paling penting ialah minum air masak secukupnya.
- Menjaga kesihatan tubuh badan dengan melakukan sedikit senaman secara berkala. Contohnya, melakukan jogging selama 30 minit setiap hari di waktu petang dan untuk kesihatan yang baik mestilah mendapat rehat dan tidur yang mencukupi. Untuk remaja purata masa tidur adalah antara 6-8 jam sehari. Memakai pakaian yang bersih dan kemas memberi keselesaan untuk belajar.
- Setiasa merendahkan diri sebagai seorang pelajar dengan menghormati sepenuh hati kepada ibubapa dan guru-guru. Barulah hidup mendapat rahmat dan ilmu yang diperolehi bertambah berkat. Mudah-mudahan ilmu itu dapat digunakan semasa menjawab soalan peperiksaan.
- Jangan lupakan ibadah wajib seperti solat dan digalakkan melakukan ibadah sunat seperti berpuasa hari isnin dan khamis. Dan doa adalah senjata yang mustajab untuk mencapai cita-cita anda selepas berusaha bersungguh-sungguh.
- Jangan sesekali berputus asa dan teruskan PERJUANGAN. Hanya orang yang ada "hati" sahaja yang akan berjaya melangkah dengan oenuh yakin.
Jadi dengan tips kali ini, cikgu harapkan anda semua bersemangat untuk mengubah nasib anda dan keluarga anda.. Ingat! Bukan SENANG untuk menjadi SENANG..tetapi Bukannya SUSAH untuk menjadi SUSAH..Cikgu doakan anda semua berjaya..
Sekali dari cikgu.. GONG XI FA CHAI...
0 comments:
Post a Comment