.

Saturday, February 5, 2011

Sentiasa POSITIF, jadi POSITIF

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

"Bangun sahaja pada waktu pagi, terus terbayang..esok sudah ahad....isnin da nak sekolah.. malasnya nak wat homework...nak study pon macam takder mood jerr...Biarlaa..esok-esok boleh study lagi...Arghhh..Study awal-awal pon bukan aku boleh score dalam exam"

Pelajar-pelajar sekalian, itu adalah tindakan minda yang negatif yang akan sentiasa mengundang kegagalan dalam hidup. Semua orang ingin berjaya dalam hidup. Namun sekiranya ada rasa Negatif dalam minda ia mampu mengawal segala aura Positif dalam diri kita. Dalam kehidupan ini telah digariskan bahawa adanya baik adanya yang jahat. Yang baik mendapat Pahala yang jahat tentu-tentulah Dosa. Itu adalah konsep ganjaran dan pembalasan.

Justeru sesiapa yang berfikiran negatif mestilah balasannya juga adalah negatif.. Anda mahu ker? Jadi mestilah sentiasa berfikiran positif supaya nanti hasilnya juga adalah positif.. Bagaimana untuk menjadi positif?

  1. Sentiasa memaafkan orang lain dalam segala tindakan. Rasulullah SAW pon menggalakkan umatnya untuk memaafkan orang lain sebelum kita tidur supaya apabila kita bangun pagi, minda kita terus positif.
  2. Elakkan daripada mengomen, mengomel, merungut dan memarahi sesuatu perkara.
  3. Menganggap sesuatu kejadi itu ada hikmahnya yang akan membawa kebaikkan kepada semua pihak
  4. Jangan berprasangka buruk kepada orang lain. Mulakan komunikasi berkesan dengan menggunakan laras bahasa sopan dan bersedia menerima pandangan orang lain dan menggunakan bahasa paling sesuai jika ingin menolak pandangan. Orang lain pasti terpersona dengan sikap positif anda.
  5. Sentiasa yakin dalam semua tindakan. keyakinan itu hadir apabila seseorang itu mempunyas self-esteem yang positif. Sentiasa memuji diri sendiri, percaya pada kemampuan diri dan tidak mudah rasa kecewa.
  6. Senyuman. Ya.. senyuman anda bertambah manis jika ia lahir dari keikhlasan hati. Barulah hubungan anda dengan kawan-kawan, famili dan guru-guru akan bertambah mesra.
  7. Mesti mempunyai azam yang tinggi untuk berjaya. Setiap masa! Oleh itu, sikap-sikap negatif akan dapat dijauhi dan aura-aura positif akan menyelubungi segala tindakan anda. 
Insyaallah, sekiranya anda ingin POSITIF jauhkan diri anda daripada perkara-perkara negatif. Anda sebenarnya memang tahu membezakan antara yang positif dan yang negatif. Cuma kadang-kadang anda akan sentiasa menggunakan istilah "MALAS"... Pelajar sekalian, malas adalah kunci kepada minda negatif.. Hilangkan malas..pasti anda akan menjumpai kunci positif.. Apa pula kunci positif? Kuncinya tidak lain tidak bukan.... RAJIN.. Teruskan usaha menjadi positif, semoga berjaya~


Sekian, terima kasih~

3 comments:

Azhadi A.K.A Hadi said...

Btol2...orang yang tgh komen ni pon same jugak kadang2 berfikiran camtu (mmg x leh elak :( )
Tapi dah masok form 3 kan..kena la ubah perangai kalau x camner nak berjaya kan XP
Nice Advice cikgu Remy :D
i'll try my best in my PMR especially Science and i'll make u proud!!!

kAseh Mir'Ha said...

makciklah makcik p0sitif yang cikgu slalu sebut2kan 2. kalau bleh tlg krgkan sikit sebut. makcik dah tua x larat dah asyik tsedak2 je kat umah ni.

Cikgu ReMy said...

Makcik positif...lau tersedak2 tu tandanya sistem pernafasan makcik ade masalah.... mungkin kat trakea ade tersumbat something... jadi mcm mane nak elak dari tersedak2..makcik xyah la join geng2 makcik mngumpat irg kat dpn pagar umah.... huhuhuhu....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...