SISTEM PEMBIAKAN (Reproductive System)
Cikgu Remy rasa bab ini yang paling dinanti-nantikan oleh pelajar semua. Bagi cikgu, bab ini menarik dan mudah dihafal. Jadi nota ringkas cikgu ini diharapkan dapat memberikan suntikan motivasi kepada pelajar untuk terus meminati subjek sains yang best ini. Teruskan usaha anda!
KENAPA...
perlu ada sistem pembiakan?
- Dapat menghasilkan individu yang baru
- Mengelak dari berlaku kepupusan spesies hidupan
- Sekiranya bilangan individu semakin bertambah, spesies tersebut akan koloni kawasan yang baru
TERDAPAT 2 JENIS PEMBIAKAN YANG PERLU ANDA KETAHUI:
- PEMBIAKAN ASEKS (ASEXUAL REPRODUCTION) : Penghasilan anak dengan individu tunggal tanpa melibatkan persenyawaan (percantuman) gamet jantan (sperma) dan gamet betina (ovum)
- PEMBIAKAN SEKS (SEXUAL REPRODUCTION) : Penghasilan anak melalui persenyawaan (pencantuman) antara dua gamet berbeza iaitu gamet jantan dan gamet betina.
::PEMBIAKAN ASEKS::
Pembiakan aseks ini tidak melibatkan induk jantan dan betina. Mana-mana bahagian pada induk akan berkembang menjadi individu yang baru (anak). Oleh itu, anak yang terhasil mempunyai ciri-ciri yang sama dengan induknya yang disebut sebagai KLON. Terdapat sebanyak 5 cara pembiakan aseks:
- BELAHAN DEDUA
- PERTUNASAN
- PEMBENTUKAN SPORA
- PENJANAAN SEMULA
- PEMBIAKAN VEGETATIF
1. BELAHAN DEDUA
- Pembelahan sel kepada dua sel anak yang serupa dengan sel induk
- Berlaku pada organisma unisel seperti Ameba, Paramesium, dan Bakteria
2. PERTUNASAN
- Pembentukan tunas baru pada induk yang akan berkembang dan akhirnya terpisah dari induk menjadi individu yang baru. Anak yang terhasil mempunyai ciri yang serupa dengan induk.
- Contoh: Hidra (sejenis haiwan) dan Yis (sejenis organisma unisel)
3. PEMBENTUKAN SPORA
- Spora adalah zarah yang halus yang dihasilkan daripada satu atau lebih sel dan diselaputi dengan lapisan yang keras.
- Apabila spora telah matang, ia akan disebarkan dan menghasilkan individu yang baru.
- Contoh: Tumbuhan tidak berbunga seperi paku pakis, cendawan dan lumut.
4. PENJANAAN SEMULA
- Penjanaan semula adalah pembentukan organisma yang baru apabila bahagian pada induk rosak, pecah ataupun putus.
- Contoh: Tapak Sulaiman, Cacing pipih (Planarian)
- Pokok baru yang tumbuh daripada bahagian spesifik tumbuhan seperti batang, akar, dan daun pada pokok induk.
- Terdapat beberapa contoh pembiakan vegetatif iaitu : Batang Rayap (Runner), Umbisi (Corms), Rizom, Bebawang (Bulb) dan Sulur
BATANG RAYAP:
Batang rayap atau stolon adalah salah satu daripada contoh pembiakan vegetatif bagi tumbuhan. Batang rayap adalah batang yang tumbuh menjalar atau mengufuk di permukaan tanah. Ia mempunyai buku dan ruas. Pada bukunya tumbuh tunas dan akar yang akan berkembang membentuk anak pokok yang baru. Akhirnya batang rayap ini akan hancur mereput dan meninggalkan anak pokok ini terasing daripada induknya. Contoh: Rumput, dan Strawberi
BEBAWANG:
SULUR:
Pucuk yang tumbuh daripada mata tunas yang terdapat pada batang pokok induk. Contohnya Pokok Pisang
UMBISI:
Umbisi terdiri daripada batang yang membengkak untuk menyimpan makanan. Batangnya sentiasa berada di permukaan tanah. Umbisi yang baru tumbuh di atas umbisi yang lama dan tunas akan tumbuh di tepinya. Contoh tumbuhan yang membiak dengan cara umbisi ialah sengkuang cina dan keladi.
sengkuang cina
Keladi
RIZOM:
Rizom adalah batang yang tumbuh secara mengufuk di bawah permukaan tanah. Batangnya kelihatan bersegmen kerana terdapat buku dan ruas. Pada rizom terdapat tunas-tunas yang akan berkembang menjadi batang, akar, dan daun. Contohnya halia dan teratai.
halia
::PEMBIAKAN SEKS::
- Melibatkan dua induk yang berbeza jantina (lelaki/jantan) dan (perempuan/betina)
- Ia melibatkan organ seks yang menghasilkan GAMET (sel pembiakan) dan proses PERSENYAWAAN
- Gamet jantan dikenali sebagai SPERMA dan gamet betina adalah OVUM
PERSENYAWAAN : Percantuman nukleus sperma dengan nukleus ovum membentuk zigot. Zigot akan berkembang membentuk embrio dan kemudian menjadi fetus (janin) sebelum dilahirkan.
Sperma memasuki ovum semasa proses persenyawaan |
TERDAPAT 2 JENIS PERSENYAWAN:
- Persenyawaan luar
- Persenyawaan dalam
Persenyawaan luar: Persenyawaan sperma dan ovum di luar badan betina. Biasanya berlaku di dalam air seperti katak.
Persenyawaan dalam: Persenyawaan sperma dan ovum di dalam badan betina. Berlaku pada hidupan darat seperti burung, reptilia dan mamalia.
Persenyawaan dalam: Persenyawaan sperma dan ovum di dalam badan betina. Berlaku pada hidupan darat seperti burung, reptilia dan mamalia.
Persenyawaan luar katak di kawasan berair |
::SISTEM PEMBIAKAN PEREMPUAN::
Organ Pembiakan Perempuan :
GAMET BETINA : OVUM
- Dikenali juga sebagai telur
- Berbentuk sfera dan mempunyai nukleus yang besar dan sitoplasma
- Ovum akan dihasilkan oleh ovari dan dilepaskan pada setiap bulan.
- Ovum adalah sel yang paling besar dalam badan
- Ovum boleh hidup selama 24 jam (1hari)
::SISTEM PEMBIAKAN LELAKI::
GAMET JANTAN : SPERMA
Struktur sperma |
- Sperma dihasilkan selepas seorang lelaki mencapai akil baligh (puberty)
- Sperma terbahagi kepada 3 bahagian iaitu KEPALA, LEHER, dan EKOR.
- Bahagian kepala mengandungi nukleus yang berfungsi membawa maklumat genetik (baka) daripada ayah kepada anak
- Bahagian leher pula berfungsi untuk menghasilkan dan membekalkan tenaga kepada ekor
- Bahagian ekor pula membantu sperma untuk bergerak dan berenang.
- Sperma boleh hidup di luar badan selama 72 jam (3hari)
::AKIL BALIGH (PUBERTY)::
Akil Baligh : Fasa pertumbuhan sangat aktif bermula di mana seseorang kanak-kanak bertukar menjadi seorang dewasa. Organ pembiakan bagi lelaki dan perempuan mula berfungsi dengan sempurna dan boleh menghasilkan hormon seks.
:: KITARAN HAID ::
Kitar Haid boleh dibahagikan kepada empat fasa iaitu fasa:
- FASA HAID
- FASA PEMBAIKAN
- FASA PENGOVULAN
- FASA PRA-HAID
Untuk dapatkan info lanjut secara animasi, anda boleh klik sini
:: PERSENYAWAAN DAN KEHAMILAN ::
PROSES PERSENYAWAAN DAN KEHAMILAN:
- Semasa pengovulan, ovari melepaskan ovum ke dalam tiub falopio
- Semasa ejakulasi, zakar (penis) memancutkan sperma ke dalam faraj (vagina)
- Beribu-ribu sperma memasuki uterus melalui serviks dan kemudian terus berenang memamasuki tiub falopio
- Di tiub falopio, persenyawaan berlaku apabila hanya satu sahaja sperma dapat bergabung dengan ovum. Nukleus sperma akan bercantum dengan nukleus ovum membentuk zigot.
- Zigot akan berkembang membentuk bebola sel yang dikenali sebagai embrio.
- Embrio akan bergerak sepanjang tiub falopio hingga ke uterus dan terbenam pada dinding uterus. Proses ini dikenali sebagai proses penempelan.
- Embrio akan terus berkembang dan membentuk fetus (janin). Fetus juga akan terus berkembang sehingga dilahirkan yang panggil sebagai bayi.
Proses perkembangan bayi |
Gambarajah Fetus dan Plasenta
FUNGSI PLASENTA:
- Pertukaran bahan antara ibu dan fetus seperti makanan, bahan buangan dan oksigen
- Ibu memberikan makanan, antibodi, dan oksigen manakala bayi menyingkirkan bahan buangan seperti karbon dioksida dan urea
FUNGSI TALI PUSAT:
- Menghubungkan fetus dengan ibu
- Memindahkan bahan antara fetus dan ibu
FUNGSI CECAIR AMNION:
- Sebagai penyerap hentakan
- Memberi perlindungan kepada fetus daripada kecederaan
- Membenarkan embrio/fetus bergerak bebas semasa pertumbuhan
:: CARA MENGAWAL KEHAMILAN ::
Terdapat pasangan yang telah berkahwin yang tidak bersedia untuk menimang cahaya mata (anak) dan ada juga pasangan yang ingin menghadkan bilangan anak atau mengawal jurang umur anak-anak mereka. Oleh itu, pasangan tersebut perlu mengawal kehamilan (birth control). Terdapat 5 cara mengawal kehamilan iaitu:
- Semulajadi : Kaedah beritma
- Kimia : Spermicides
- Alatan : Kondom, Diafragma, atau IUD
- Hormon : Pil perancang kehamilan (contraceptive pills)
- Pembedahan: Vasektomi dan Tubektomi (Ligasi)
KAEDAH BERITMA:
- Elakkan melakukan hubungan seks pada Fasa 3 dalam kitaran haid iaitu Fasa Pengovulan.
- Fasa 2 dan Fasa 4 adalah fasa yang selamat untuk melakukan hubungan seks kerana tiada ovum yang dilepaskan ke tiub falopio. Sekiranya terdapat sperma yang memasuki tiub falopio pada fasa tersebut, tiada persenyawaan yang berlaku.
SPERMICIDES:
- Spermicides adalah bahan kimia yang boleh membunuh sperma yang masuk ke dalam faraj
- Bahan ini ada dalam pelbagai bentuk seperti krim, gel, buih, tablet, dan aerosol
- Bahan ini perlu disapu pada faraj perempuan sebelum melakukan hubungan seks
KONDOM:
- Lapisan getah atau plastik yang digunakan pada zakar semasa melakukan hubungan seks.
- Semasa ejakulasi, sperma tidak dapat dilepaskan ke dalam organ pembiakan perempuan.
- Hari ini, ada kondom yang diselaputi dengan spermicides bagi mengelakkan sperma memasuki uterus perempuan.
DIAFRAGMA:
- Diafragma diperbuat daripada getah yang berbentuk seperti kubah
- Alat ini diletakkan pada serviks perempuan bagi menghalang kemasukkan sperma ke dalam uterus.
INTRA UTERINE DEVICE (IUD):
- IUD adalah alat yang diperbuat daripada logam atau plastik yang dimasukkan ke dalam uterus perempuan melalui serviks.
- IUD digunakan bagi menghalang proses penempelan berlaku pada dinding uterus
PIL PERANCANG KEHAMILAN:
- Pil perancang kehamilan dimakan oleh perempuan
- Pil ini sebenarnya mengandungi hormon seks yang menghalang proses pengovulan berlaku.
- Sekiranya sperma memasuki tiub falopio, persenyawaan tidak berlaku kerana tiada ovum yang dilepaskan oleh ovari.
- Namun, pengambilan pil ini boleh mendatangkan kesan sampingan.
VASEKTOMI:
- Vasektomi adalah proses memandulkan lelaki dengan cara memotong duktus sperma dan mengikatnya
- Pembedahan ini dapat menghalang sperma dikeluarkan dari badan lelaki semasa proses ejakulasi.
- Teknik ini paling berkesan dan kemandulan adalah berkekalan.
TUBEKTOMI / LIGASI:
- Tubektomi atau ligasi adalah teknik memandulkan perempuan dengan cara memotong tiub falopio dan mengikatnya
- Pembedahan ini menghalang daripada sperma berenang sampai ke tiub falopio dan tiada proses persenyawaan berlaku.
- Teknik ini paling berkesan dan kemandulan adalah berkekalan.
:: CARA MENGATASI KEMANDULAN ::
Terdapat dua jenis pendebungaan iaitu
PENDEBUNGAAN SENDIRI dan PENDEBUNGAAN SILANG
TERDAPAT 4 AGEN PENDEBUNGAAN IAITU [ASAH]:
Kemandulan adalah masalah tidak boleh menghasilkan anak dan ia boleh berlaku pada lelaki dan juga perempuan. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan bagi membantu pasangan yang mandul untuk mendapatka zuriat.
IN VITRO FERTILISATION (IVF)
- Ovum yang telah matang dikeluarkan daripada ovari perempuan
- Ovum tersebut dimasukan kedalam bekas / tabung uji yang mengandungi sperma suaminya bagi melakukan proses persenyawaan untuk menghasilkan zigot
- Dengan menggunakan mikroskop, zigot/embrio yang telah terbentuk akan diambil dan dimasukkan ke dalam uterus perempuan tersebut bagi melakukan proses penempelan embrio.
RAWATAN HORMON
- Rawatan ini sesuai bagi perempuan yang tiak boleh melakukan proses ovulasi (melepaskan ovum ke dalam tiub falopio)
- Hormon yang membantu melepaskan ovum dari ovari disuntik pada badan perempuan.
PEMBEDAHAN
- Pembedahan dilakukan kepada perempuan sekiranya tiub falopionya tersumbat manakala pada lelaki pembedahan dilakukan sekiranya saluran duktus sperma tersumbat.
PERMANIAN BERADAS (ARTIFICIAL INSEMINATION)
- Sperma dikeluarkan daripada suami yang mandul atau tidak boleh melakukan hubungan seks
- Sperma dimasukkan ke dalam faraj dan dilepaskan berdekatan serviks apabila isterinya sedang dalam fasa pengovulan.
Ya..anda telah selesai mengulangkaji sistem pembiakan manusia. Harap pelajar-pelajar dapat memahami dan mengingati semua nota-nota penting sebelum menghadapi PMR. Sekarang..kita akan mempelajari berkenaan sistem pembiakan seks bagi tumbuhan pula. Belajar YA!
::SISTEM PEMBIAKAN SEKS BAGI TUMBUHAN::
Seperti manusia, tumbuhan juga mempunyai organ pembiakan iaitu BUNGA. Pelajar perlu menghafal setiap komponen yang terdapat pada bunga.
::STRUKTUR BUNGA::
::PENDEBUNGAAN::
PENDEBUNGAAN : Proses pemindahan butir debunga dari anter kepada stigma
Terdapat dua jenis pendebungaan iaitu
PENDEBUNGAAN SENDIRI dan PENDEBUNGAAN SILANG
TERDAPAT 4 AGEN PENDEBUNGAAN IAITU [ASAH]:
- ANGIN
- SERANGGA
- AIR
- HAIWAN
::PERSENYAWAAN DAN PEMBENTUKKAN BUAH DAN BIJI BENIH::
- Semasa pendebungaan, debunga akan jatuh di atas stigma pokok yang sama spesies
- Pada stigma, terdapat cecaik nektar (madu) yang berfungsi merangsang butir debunga untuk membentuk tiub debunga (pollen tube)
- Tiub debunga yang terbentuk akan memanjang sepanjang stil menuju ke ovari
- Tiub debunga akan menembusi ovari menerusi mikropil dan membenarkan gamet jantan memasukinya dan bercantum dengan ovul
- Debunga (gamet jantan) dan ovul (gamet betina) akan melakukan proses persenyawaan untuk membentuk gamet. Satu debunga hanya bergabung dengan satu ovul sahaja.
- Zigot yang terbentuk akan berkembang menjadi biji benih
- Ovari pula akan berkembang membentuk isi buah
- Stigma, stil, stamen, kelopak, dan sepal akan mengecut, layu dan gugur.
KESIMPULANNYA:
Percambahan berlaku apabila biji benih mula bertumbuh
::STRUKTUR BIJI BENIH::
TERDAPAT 2 JENIS PERCAMBAHAN IAITU:
1. Percambahan Epigeal
2. Percambahan Hipogeal
::PERCAMBAHAN BIJI BENIH::
::SEED GERMINATION::
Percambahan berlaku apabila biji benih mula bertumbuh
::STRUKTUR BIJI BENIH::
TERDAPAT 3 KEPERLUAN UNTUK PERCAMBAHAN BIJI BENIH:
- AIR
- OKSIGEN
- SUHU YANG SESUAI
- Biji benih menyerap air dan udara melalui mikropil
- Kotiledon akan mengembang dan menyebabkan testa menjadi lembut dan pecah
- Radikel akan berkembang ke dalam tanah dan membentuk akar untuk menyerap air dengan lebih banyak
- Plumul pula akan berkembang ke atas dan membentuk pucuk iaitu daun pertama bagi menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis
- Kotiledon tidak diperlukan dan akan mengecut, layu dan gugur.
TERDAPAT 2 JENIS PERCAMBAHAN IAITU:
1. Percambahan Epigeal
2. Percambahan Hipogeal
PERCAMBAHAN EPIGEAL
Kotiledon akan keluar dari tanah bersama-sama plumul
Contoh: Tumbuhan dikotiledon seperti kacang panjang dan pokok bunga matahari
PERCAMBAHAN HIPOGEAL
Kotiledon akan kekal di bawah tanah. Hanya plumul sahaja yang keluar dari tanah.
Contoh: Tumbuhan monokotiledon seperti rumput dan pokok jagung.
Untuk membuat aktiviti-aktiviti menarik berkenaan tumbuhan, pelajar boleh mempelajarinya secara animasi di SINI
H0ooReEyY.....Bab 4 berkenaan pembiakan telah selesai dibincangkan. Cikgu harap anda dapat faham dan HAFAl semua struktur, fungsi dan proses-proses yang terdapat dalam bab 4 ini. Cikgu akan bersambung untuk bab 5 tidak lama lagi.. Teruskan usaha untuk mengulangkaji..G0od LuCk~[TERIMA KASIH]
7 comments:
Salam kunjungan.. blog menarik.. singgah la ke blog saya ;)
terima kasih... yup..blog anda akan saya terjah!
nota yg menarik dan mudah difahami. terima kasih cikgu.
Terima kasih Haque.. tahniah la sebb da baca smpi bab 4. mmg seronok kannn bab 4 ni..hehehhee
budak remaja yg normal memang suka bab 4. hehehe
Makasi cikgu . Nota cikgu padat ssngat . senang untk revision ~ Bnyak membantu . Trma kasih :)
but i am a pt3 candidates.how is this can help me?
Post a Comment