.

Tuesday, June 7, 2011

[Quick Revision] F3 - Chapter 6

TANAH DAN SUMBERNYA

Pelajar-pelajar sekalian, kita akan membincangkan tajuk 6 yang berkisarkan berkenaan tanah dan garam galian yang terdapat di atas muka bumi ini. Bumi ciptaan tuhan ini begitu indah dan terdapat pelbagai mineral yang perlu kita kaji bersama-sama. Mungkin anda ingin menjadi seorang ahli geologi..ini adalah bidang yang perlu anda dalami..


::MINERAL::
Mineral adalah sebarang unsur pepejal atau sebatian yang dijumpai secara semula jadi di kerak bumi. Mineral juga disebut sebagai galian yang boleh dijumpai di dalam tanah.
Saiz mineral adalah berbeza-beza begantung kepada keadaan bagaimana ia terbentuk. Kebanyakan mineral ini wujud dalam bentuk kristal. Kristal boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti panjang, halus, dan berbentuk jarum.

::CIRI-CIRI MINERAL::

1. KEKERASAN
  • Kebanyakan mineral adalah keras
  • Kekerasan mineral boleh diukur dengan menggunakan skala Mohs
  • Mineral yang keras boleh mengguris mineral yang lembut
  • Mineral yang paling keras di dunia adalah Berlian (Diamond) dan yang paling lembut adalah talkum.
2.KETERLARUTAN DALAM AIR (SOLUBILITY)
  • Kebanyakan logam tidak boleh melarut di dalam air
  • Hanya sebatian berikut yang tidak boleh melarut di dalam air

  • Contoh : Kalium oksida, Kalium sulfida, Kalium karbonat, Natriun Oksida, Natrium sulfida, dan Natrium karbonat
3. TINDAKAN HABA / KESAN PEMANASAN


* Namun Natrium karbonat dan Kalium karbonat tidak akan diuraikan walau dipanaskan pada suhu yang tinggi.



::LOGAM DAN BUKAN LOGAM::

LOGAM:
  • Biasanya berkilat 
  • Mempunyai takat didih dan takat lebur yang sangat tinggi kecuali merkuri (satu-satunya logam dalam bentuk cecair pada suhu bilik), natrium dan kalium
  • Logam seperti besi dan kromium boleh menahan tekanan dan regangan
  • Merupakan konduktor (pengalir) haba dan elektrik yang baik
  • Ia boleh ditempa (dibentuk) dan boleh dibentuk wayar

BUKAN LOGAM:
  • Bukan logam mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah
  • Ia biasanya rapuh dan mudah pecah apabila diberikan tekanan 
  • Biasanya bukan logam adalah konduktor haba dan elektrik yang lemah kecuali karbon (bukan logam) tetapi pengalir elektrik yang baik
  • Contoh bukan logam adalah seperti oksigen, karbon, sulfur dan air.
    •  



::TINDAKBALAS LOGAM DENGAN OKSIGEN::
Kebanyakan logam bertindakbalas dengan unsur lain untuk membentuk sebatian yang lebih stabil.
Setiap hasil tindak balas akan menghasilkan logam oksida yang berbeza warna dari warna asala logam tersebut.
  • Serbuk logam adalah sebarang jenis logam yang ingin diuji dalam eksperimen
  • Pepejal kalium manganat (ungu) apabila dipanaskan akan membebaskan gas oksigen
  • Kapas kaca (bahagian dalam) digunakan untuk menghalang daripada kalium manganat bercampur dengan serbuk logam semasa proses pemanasan
  • Kapas kaca (bahagian luar) digunakan bagi menghalang gas oksigen yang terhasil terus keluar dengan cepat
  • Berikut adalah contoh eksperimen yang dijalankan:

::TINDAKBALAS LOGAM DENGAN SULFUR::
Logam bertindak balas dengan sulfur untuk membentuk logam sulfida. Contohnya :

::SEBATIAN SILIKON::

  1. Silikon bukan logam tetapi ia mempunyai ciri-ciri logam seperti boleh mengalirkan arus elektrik dan dikenali sebagai METALOID (Separa logam).
  2. Silikon mempunyai takat lebur  dan takat didih yang tinggi.
  3. Sebatian ini sangat stabil dan tidak boleh larut di dalam air
  4. Tidak boleh diuraikan secara pemanasan
  5. Tidak bertindak balas dengan asid tetapi boleh bertindak balas dengan alkali. Silika+alkali menjadi silikat +air.
  6. Silikon tulen digunakan untuk membuat cip pada peralatan elektronik.
  7. Terdapat wujud dalam 2 jenis sebatian iaitu SILIKA dan SILIKAT. Hampir 90% permukaan kerak bumi diperbuat daripada silika dan silikat.
SILIKA
  • Dikenali juga sebagai silikon dioksida
  • Ia mengandungi unsur silikon bercampur dengan unsur oksigen
  • Contohnya adalah pasir, kuartz, dan batu api.

SILIKAT
  • Ia mengandungi unsur silikon, oksigen dan juga logam
  • Terdapat dalam pelbagai warna kerana bergantung kepada jenis logam yang bergabung dengannya.
  • Contoh silikat ialah Mika, Tanah liat, feldspar dan batu permata seperti topaz, jade, dan rubi

KEGUNAAN SILIKON



::SEBATIAN KALSIUM::


Kalsium adalah logam yang reaktif. Ini bermakna ia tidak wujud sebagai unsur semulajadi. Kebanyakan kalsium di kerak bumi bergabung dengan karbon dan membentuk Kalsium karbonat.


Kalsium Karbonat
Kalsium karbonat adalah sebatian yang terdiri daripada kalsium, karbon dan oksigen. Contoh-contoh kalsium karbonat adalah seperti berikut:
  • Batu kapur
  • Gipsum (bahan untuk memberi sokongan tulang patah)
  • Stalagmit dan stalaktit (Batu yang terbentuk pada bumbung dan lantai gua)
  • Cengkerang haiwan dan telur
  • Gigi dan tulang haiwan
Ciri-ciri kalsium karbonat adalah seperti berikut:
  • Tidak boleh melarut di dalam air
  • Bertindak balas dengan asid membentuk larutan garam kalsium, karbon dioksida dan air
  • Apabila dipanaskan dengan kuat, kalsium karbonat akan terurai menjadi kalsium oksida dan karbon dioksida

::SUMBER BAHAN BAKAR SEMULAJADI::
 Petroleum, gas asli, dan arang batu adalah contoh sumber bai han bakar semulajadi yang terdapat di atas muka bumi kita. Kesemua bahan bakar tersebut dikenali sebagai bahan bakar fosil dan semuanya adalah sumber tenaga tidak boleh digunakan semula (non-renewable energy)

 PETROLEUM

    • Petroleum juga dikenali sebagai minyak mentah iaitu sejenis cecair likat berwarna gelap dan biasanya di dijumpai dibawah tanah lautan.
    • Petroleum dihasilkan daripada organisma mati yang tinggal di dalam laut berjuta-juta tahun dahulu.
    • Tekanan yang tinggi dan suhu yang tinggi  mengubah bahan mati kepada petroleum
    • Petroleum ini merupakan bahan hidrokarbon [Mengandungi hidrogen dan karbon]
    • Petroleum yang diperolehi tidak boleh digunakan sebelum dipecahkan menggunakan kaedah PENYULINGAN BERPERINGKAT.




    Petroleum terdiri daripada campuran pelbagai hidrokarbon seperti petrol, diesel, kerosene, minyak pelincir dan bitumen. Semua hidrokarbon ini mempunyai saiz molekul yang berbeza dan setiap satunya mempunyai takat didih yang berbeza [Pendidihan : Cecair bertukar menjadi gas]. Proses penyulingan berperingkat adalah proses pemanasan untuk mendidihkan hidrokarbon yang terdapat dalam petroleum. Apabila petroleum dipanaskan, hidrokarbon yang mempunyai takat didih yang lebih rendah akan mendidih dan bertukar menjadi gas. Gas tersebut akan disejukkan dan terkondensasi menjadi cecair.

    GAS ASLI
    • Gas asli juga dihasilkan daripada mendapan organisma mati dan diperolehi dibahagian atas petroleum di dalam tanah.
    •  Gas ali ini mempunyai takat didih yang rendah
    • Lebih kurang 90% gas asli ini adalah metana dan manakala 10% lagi terdiri daripada etana,butana dan juga propana.
    • Kegunaan gas asli : Bahan bakar di rumah, kilang dan stesen janakuasa dan juga digunakan sebagai bahan asas pembuatan bahan petrokimia seperti plastik dan pembuatan baja




     ARANG BATU
     
    Arang batu terbentuk daripada sisa-sisa tumbuhan yang mati pada berjuta-juta tahun dahulu. Ia adalah pepejal berwarna hitam yang mengandungi banyak karbon dan sedikit hidrogen, oksigen, nitrogen dan sulfur.

    Kegunaan arang batu:
    • Sebagai bahan bakar di stesen janakuasa. Arang batu digunakan unutk memanaskan air sehingga mendidih dan membentuk stim (wap air). Wap air tersebut akan men memutarkan turbin dan menghasilkan elektrik
    • Digunakan untuk menghasilkan bahan kimia seperti bahan letupan, cat, pelekat, baja dan pewangi
    • Digunakan untuk membuat tar jalanraya dan juga atap 
    BAB 6 da abes...
     Ramai student yang cakap bab ni susah..
    tapi sebenarnya bab ini paling mudah
    kerana tidak banyak soalan aras susah
    sebabnya ia adalah fakta dan apa yang pelajar harus lakukan adalah
    MENGHAFAL! 
    So..Good luck my dear students 

    2 comments:

    Azhadi A.K.A Hadi said...

    salam cikgu remy..huhu..cikgu dah update blog nampak...cikgu,x de ke formula untuk bab ni macam "t.e.n.c.a.m" yang dulu tu.. =)
    dari : azhadi (budak tusyen kasturi form 3)

    Cikgu ReMy said...

    wsalam hadi... cikgu baru ada kesempatan nak update blog ni... formula utk bab ni xde..tp nota cikgu ni da ringkas dan padat...cikgu gunakan bahsa oaking mudah utk faham... awak kene byk kali ulang shingga hafal..faham shja x cukup tau!

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...