.

Tuesday, January 25, 2011

Aku dan Cikgu ...

Salam..
Kali ini saya nak berkongsi pengalaman berkenaan sebuah kehidupan guru yang dengan warna warni.. Kenapa warna warni? Sebab kadang-kadang ia merah..kejap lagi menjadi biru..kemudian bertukar jadi purple dan bila tiba-tiba menjadi hitam, maknanya ada something wrong la..

Memang best jadi cikgu ni.. kita dapat mengenal dan jumpa pelbagai ragam manusia dari guru2 hinggalah kepada pelajar.. Dan paling rasa diri ini puas menjadi guru apabila pelajar itu berubah sikap kerana kita.. Dari malas manjadi rajin..dari jahat menjadi sebaik2 pelajar...dan ada yang berubah menjadi seorang yang taat kepada ibubapa dan agama.. Tugas guru ini bukanlah mudah.. mendidik anak bangsa sebagai waris generasi hari ini untuk masa depan. Betul tak orang cakap, Kalau menjadi doktor..tersalah melakukan proses pembedahan dan rawatan...hanya seorang sahaja yang akan binasa (mati) tetapi andai guru melakukan kesalahan semasa mengajar.. ia akan membinasakan satu generasi (masyarakat)..? Dasyatkan....

Sebab tu saya sangat seronok menjadi guru.. Mengajar dengan sepenuh jiwa semoga mereka menjadi insan yang berguna pada keluarga dan masyarakat.. Setiap pelajar ada potensi yang berbeza-beza tetapi itu tidak bermakna mereka tidak perlu mendapat layanan baik dan peluag pendidikan. Tahun 2011 ini menjadi cabaran kepada saya untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang dam PMR.. Doakan saya dan students saya mencapai impian ini..

Dengan blog ini saya akan jadikan sebagai medium untuk para pelajar menambah informasi dalam subjek sains. Usaha anda yang tidak mengenal erti putus asa akan membuahkan hasil pada suatu hari nanti..


24/1/2011: Majlis Deklarasi Mentor Mentee Kumpulan Elit 2011.. Saya menjadi Pengaraca Majlis bersama Kak Laili...Best~ Saya juga telah menerima seorang anak angkat bernama... Steffany.. Semoga awak berjaya ok.. Cikgu akan cuba bantu untuk mengilap A dalam diri awak....

Kepada yang lain..nantikan entri-entri yang seterusnya.. Saya akan upload nota-nota dan latihan-latihan sains..
Sekian..

1 comments:

fzy said...

congrate sahabatku remy!!
Teruskan usaha, bg menggilap lebih ramai lg pljr2 kita untuk terus gemilang..nice blog n sgt2 membantu para pelajar yg ingin berjaya..;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...