.

Tuesday, January 25, 2011

Form 3 Science Notes...

Kepada pelajar tingkatan 3, anda boleh download nota-nota ini dan sebarkan kepada rakan-rakan yang lain.. Nota ini ringkas dan padat.. Sesuai untuk menjadi rujukan anda..

Sila Klik Disini ....

Dan ini pula adalah nota intensif yang perolehi dari SMK Sungai Pasir.. Notanya agak menarik dan bergambar...
Boleh download nota ini, kemudian anda print nota ini sendiri dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja untuk dibaca.. Cikgu pasti siapa yang betul2 deserve ingin berjaya dia pasti akan berjaya.. Pengorbanan hari ini untuk masa hadapan. Jangan risau..tiada sebarang charge dikenakan untuk nota ini.. Jika ingin download,

Sila Klik Disini

Semoga nota-nota ini akan membantu anda untuk menempuh PMR tahun ini dengan cemerlang.. All the Best semua~

Aku dan Cikgu ...

Salam..
Kali ini saya nak berkongsi pengalaman berkenaan sebuah kehidupan guru yang dengan warna warni.. Kenapa warna warni? Sebab kadang-kadang ia merah..kejap lagi menjadi biru..kemudian bertukar jadi purple dan bila tiba-tiba menjadi hitam, maknanya ada something wrong la..

Memang best jadi cikgu ni.. kita dapat mengenal dan jumpa pelbagai ragam manusia dari guru2 hinggalah kepada pelajar.. Dan paling rasa diri ini puas menjadi guru apabila pelajar itu berubah sikap kerana kita.. Dari malas manjadi rajin..dari jahat menjadi sebaik2 pelajar...dan ada yang berubah menjadi seorang yang taat kepada ibubapa dan agama.. Tugas guru ini bukanlah mudah.. mendidik anak bangsa sebagai waris generasi hari ini untuk masa depan. Betul tak orang cakap, Kalau menjadi doktor..tersalah melakukan proses pembedahan dan rawatan...hanya seorang sahaja yang akan binasa (mati) tetapi andai guru melakukan kesalahan semasa mengajar.. ia akan membinasakan satu generasi (masyarakat)..? Dasyatkan....

Sebab tu saya sangat seronok menjadi guru.. Mengajar dengan sepenuh jiwa semoga mereka menjadi insan yang berguna pada keluarga dan masyarakat.. Setiap pelajar ada potensi yang berbeza-beza tetapi itu tidak bermakna mereka tidak perlu mendapat layanan baik dan peluag pendidikan. Tahun 2011 ini menjadi cabaran kepada saya untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang dam PMR.. Doakan saya dan students saya mencapai impian ini..

Dengan blog ini saya akan jadikan sebagai medium untuk para pelajar menambah informasi dalam subjek sains. Usaha anda yang tidak mengenal erti putus asa akan membuahkan hasil pada suatu hari nanti..


24/1/2011: Majlis Deklarasi Mentor Mentee Kumpulan Elit 2011.. Saya menjadi Pengaraca Majlis bersama Kak Laili...Best~ Saya juga telah menerima seorang anak angkat bernama... Steffany.. Semoga awak berjaya ok.. Cikgu akan cuba bantu untuk mengilap A dalam diri awak....

Kepada yang lain..nantikan entri-entri yang seterusnya.. Saya akan upload nota-nota dan latihan-latihan sains..
Sekian..

Saturday, January 22, 2011

Cabaran tahun baru..

 Assalamualikum wbt dan salam sejahtera.

my beloved school : SMK Durian Tunggal

Semua sedia maklum..sudah 3 minggu sekolah bermula... Pelbagai situasi telah saya hadapi sehingga ada keadaan yang begitu runcing dengan situasi yang saya sendiri tidak pernah bayangkan akan berlaku di sekolah yang indah aman dan permai ini... Jadual waktu sekolah mungkin puncanya.. BUKAN saya yang ingin jawatan itu tetapi ia adalah kepercayaan pentadbir dan atas dasar itu tugasku dan rakanku Cikgu Fiza adalah untuk buat yang terbaik dan mampu membuat guru-guru lain mengukir senyuman...Kami ikhlas..Tiada niat untuk menyusahkan rakan-rakan yang lain.. Inilah cabaran dunia pendidikan..bukan sahaja berhadapan dengan pelajar yang semakin hari semakin"advance" namun interaksi sosial guru-guru juga menjadi semakin kompleks jika ada diantara kita yang hanya memikirkan dirinya sahaja... Sejujurnya, saya sayang semua guru-guru SMK Durian Tunggal, My Big Family~

remy-fiza-kak zura-zubir

Hari ini saya best sebab dapat mengajar kelas 2D dan 2G.. walaupun hari ini adalah ahari terakhir aku di kelas 2G ilmu yang aku sampaikan harap-harapnya akan bermanfaat untuk mereka... cikgu doakan yang terbaik untuk anak-anak murid cikgu yang tersayang...

Perasmian pembukaan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini dengan lafaz Bismillah...saya merasmikan blog cikgu ReMy bagi membolehkan saya berkongsi cerita..rasa dan berdiskusi berkenaan dunia dan profesion perguruan ini.. Blog ini juga akan menjadi saluran informasi terbaik kepada semua pihak khususnya rakan-rakan guru dan para pelajar. Semoga usaha murni saya ini mendapat barakah dari Illahi.Insyaallah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...