.

Monday, October 3, 2011

Hot..Hot..Hot topics 2011

Friday, June 10, 2011

[Quick Revision] F3 - Chapter 7

ELEKTRIK



Hai para pelajar sekalian..sekarang kita akan sama-sama belajar berkenaan elektrik, elektrostatik, pengiraan arus,voltan dan rintangan dan terakhir sekali kita akan sama-sama bincangkan berkenaan elektromagnet. Jika bab yang lepas khus untuk ahli geologi, sekarang dalam bab 7 ini kepada pelajar yang minat untuk menceburkan diri dalam profesion saintis, jurutera elektrik, jurutera mekanik dan juga elektronik.

::ELEKTROSTATIK::


  1. Jirim diperbuat daripada zarah-zarah yang dipanggil sebagai atom
  2. Setiap atom mempunyai cas negatif dan cas positif
  3. Proton bercas positif dan Elektron bercas negatif 
  4. Cas yang berbeza akan saling tertarik dan cas yang sama akan saling menolak 
  5. Objek yang mempunyai elektron yang lebih akan menjadi cas negatif manakala objek yang mempunyai sedikit  elektron akan menjadi cas positif. Elektron tidak bergerak dan hanya terdapat di dalam objek sahaja. Fenomena ini dikenali sebagai ELEKTROSTATIK.
  6. Statik bermaksud pegun atau tidak bergerak. Ini bermakna cas tidak mengalir dan elektrostatik ini berlaku di dalam penebat elektrik seperti plastik dan getah.


ELEKTROSTATIK MELALUI GESERAN

Cas boleh dihasilkan dengan mengosokkkan sesuatu bahan dan bergantung kepada:
  • Jenis bahan yang digunakan
  • Bahan yang digosokkan kepada objek

ELEKTROSKOP
Elektroskop adalah alat yang digunakan untuk mengesan kewujudan cas

BAGAIMANA ELEKTROSKOP MENGESAN CAS??
  1. Sekiranya rod yang bercas positif diletakkan di bahagian plat logam.
  2. Semua cas negatif yang berada di bahagian rod logam dan daun emas akan tertarik ke bahagian plat logam.
  3. Ini memberi kesan kepada rod logam dan daun emas yang kedua-duanya menjadi cas positif.
  4. Apabila kedua-duanya bercas positif, ini menyebabkan ia saling tertolak. Oleh itu, daun emas tersebut akan mencapah.
  5. Apabila rod yang bercas positif dialihkan daripada plat logam, daun emas akan kembali ke kedudukan asal kerana telah dineutralkan.
    APLIKASI ELEKTROSTATIK
    1. SEMBURAN CAT
    • Dalam penghasilan kereta, penyembur elektrostatik digunakan untuk mengecat kereta
    • Badan kereta dicaskan dan penyembur cat dicaskan dengan cas yang berbeza
    • Cas disemburkan di seluruh bahagian badan kereta  dengan cepat
    2. PALAM PENCUCUH (SPARK PLUG)
    • Palam pencucuh digunakan pada enjin kenderaan 
    • Ia akan menghasilkan percikan api antara elektrod dan akan membakar bahan bakar
    • Kenderaan akan bergerak
    3. PEMBENTUKAN KILAT
    • Awan yang tebal di langit akan bergeser dengan molekul-molekul air hujan menghasilkan cas pada awan
    • Apabila terlalu banyak cas, ia akan menghasilkan percikan api ke awan lain atau ke bumi. Fenomena itu dipanggil sebagai kilat.
    ::ELEKTRIK::
    • Elektrik adalah cas elektrik yang mengalir di dalam konduktor (pengalir elektrik)
    • Elektrik merupakan sejenis tenaga yang boleh berubah ke bentuk yang lain
    • Elektrik terhasil apabila ada elektron yang bergerak dalam satu arah menerusi konduktor
    • Contoh elektrik yang digunakan dalam kehidupan seharian kita adalah:
    - Sel Kimia seperti bateri
    - Sel Solar yang menukarkan tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga elektrik
    Pada bahagian ini kita akan membincangkan berkenaan:
    ARUS
    VOLTAN
    RINTANGAN
    Arus:
    1. Elektrik terhasil apabila ada elektron yang bergerak di dalam litar elektrik
    2. Arus elektrik adalah kadar pergerakkan cas elektrik (elektron)
    3. Unit SI untuk arus elektrik adalah ampere (A)
    4. Arus elektrik bergerak dari terminal Positif ke terminal Negatif manakala pergerakkan elektron pula sebaliknya.
    PENJANA VAN DE GRAAFF:

    Alat ini digunakan untuk menghasilkan cas elektrik (elektrostatik)  dengan voltan yang tinggi di bahagian kubat alat ini.
    Apabila penjana digunakan, kepingan getah akan berpusing dan menghasilkan geseran dengan pemutar (roller) menyebabkan kubah dicaskan.
    Bahagian kubah pada penjana adalah bercas positif
    alat ini sesuai untuk melakukan eksperimen elektrostatik.


    Voltan:

    1. Tenaga elektrik yang diperlukan untuk membolehkan elektron mengalir daripada satu titik ke titik yang lain di dalam konduktor (litar elektrik)
    2. Unit SI bagi vontan adalah volt (V)
    3. Voltan diukur dengan menggunakan voltmeter



    Rintangan:
    1. Rintangan diukur dengan mengira berapa banyak komponen elektrik yang menghalang pengaliran arus elektrik.
    2. Semasa arus elektrik mengalir menerusi konduktor, sebahagian arus elektrik akan berubah bentuk kepada tenaga haba.
    3. Unit SI bagi rintangan adalah ohm
    4. Semakin tinggi rintangan, semakin kurang arus elektrik mengalir
    5. Terdapat dua jenis perintang yang digunakan pada litar elektrik iaitu perintang tetap dan perintang boleh laras (rheostat)
    6. Faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan arus elektrik:

    • Kepanjangan : Semakin penjang konduktor, semakin tinggi rintangan
    • Luas keratan rentas/Ketebalan : Semakin tebal konduktor, semakin rendah rintangan
    • Jenis bahan : Rintangan juga bergantung kepada bahan konduktor. Sebagai contoh, Kuprum dan perak mempunyai rintangan yang rendah berbanding tungsten dan nikrom
    • Suhu : Semakin tinggi suhu, semakin tinggi rintangan. Ini kerana apabila suhu tinggi, atom konduktor akan bergetar dengan laju dan menghalang pergerakkan elektron.
    ::PERHUBUNGAN ANTARA ARUS, VOLTAN, RINTANGAN::
    Untuk memudahkan para pelajar, formula segitiga dapat membantu para pelajar untuk melakukan pengiraan. Bagaimana ingin gunakan formula segitiga tersebut??


    HUKUM OHM
    Arus yang mengalir adalah berkadar terus dengan voltan yang digunakan.
    Semakin besar nilai voltan, semakin besar nilai arus elektrik

    Graf:

    ::CONTOH PENGIRAAN::
     
     


    BAB INI AKAN DISAMBUNG..
    HARAP PARA PELAJAR AKAN TERUS BERSEMANGAT
    UNTUK MENGULANGKAJI SUBJEK SAINS...
    TUNGGUUU....

    Thursday, June 9, 2011

    Saya sudah faham tetapi mengapa saya masih tidak ingat?

    Artikel ini adalah dari blog Osman Affan yang ingin cikgu kongsi dengan pelajar-pelajar. Selamat membaca!

    Sejak tahun 2004 hingga sekarang ini, saya kerap kali mendapat soalan seperti di atas. Pelajar sekolah menengah terutamanya mengadu beberapa masalah seperti berikut:
    1. Saya sudah faham topik Sejarah yang cikgu ajarkan tetapi di dalam peperiksaan saya masih tidak dapat menjawabnya.
    2. Saya faham apa yang cikgu ajarkan di dalam  kelas tetapi dalam dewan peperiksaan, saya lupa semuanya.
    3. Saya faham masa belajar dan mengulangkaji tetapi satu pun fakta yang saya faham itu keluar dari minda saya semasa berada dalam dewan peperiksaan.
    4. Saya baca buku di luar dewan peperiksaan. Saya faham nota dan buku itu. Namun apabila masuk dalam dewan peperiksaan, langsung saya tidak ingat.
    Masalah ini semua menimbulkan persoalan besar seperti yang tertera pada tajuk posting kali ini. Apa yang perlu kita fikirkan ialah, mengapa kita lupa walaupun kita sudah faham. Ibu kita suruh ke kedai untuk membeli beberapa barang. Kita faham arahan ibu kita itu. Namun adakah kita akan ingat semua senarai yang perlu kita beli (jika kita tidak menulisnya)?

    Saya percaya, ini sebenarnya bukan satu masalah. Ia cuma satu salah faham. Salah faham bagaimana? Saya percaya kebanyakan pelajar tersalah faham perbezaan di antara perkataan ‘FAHAM’ dan ‘INGAT’. Satu perkara yang pelajar perlu ketahui, FAHAM dan INGAT adalah dua perkara berbeza. Maksudnya, apa yang kita faham belum tentu kita akan ingat. Apa yang kita faham semasa cikgu mengajar di dalam kelas tidak semestinya kita ingat di dalam dewan peperiksaan. FAHAM dan INGAT memerlukan strategi yang berbeza.Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini?

    Cara paling baik untuk mengatasi masalah faham tetapi tidak ingat ialah dengan menguasai teknik-teknik memori. Adik-adik pelajar perlu pelajari bagaimana caranya untuk mudah ingat apa yang telah kita fahami. Maksudnya juga, selepas kita faham sesuatu, kita perlu lakukan sesuatu untuk mengingatinya. Jadi adik-adik semua, jika kita hadapi masalah seperti tajuk di atas, ia bukan bermakna kita ini mempunyai masalah dalam proses pembelajaran. Ia menunjukkan bahawa kita ini normal sahaja. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan mempelajari dan menguasai beberapa teknik asas memori agar apa yang kita pelajari dan fahami akan turut kita ingati.

    Ini pula teknik-teknik mengulangkaji pelajaran. Sila klik di SINI

    Selamat mengulangkaji dan mengingat serta menghafal..tidak cukup sekadar faham yer..Cikgu ReMy nak ucapkan terima kasih kepada En. Osman Affan, Pakar Motivasi terkenal.

    Tuesday, June 7, 2011

    [Quick Revision] F3 - Chapter 6

    TANAH DAN SUMBERNYA

    Pelajar-pelajar sekalian, kita akan membincangkan tajuk 6 yang berkisarkan berkenaan tanah dan garam galian yang terdapat di atas muka bumi ini. Bumi ciptaan tuhan ini begitu indah dan terdapat pelbagai mineral yang perlu kita kaji bersama-sama. Mungkin anda ingin menjadi seorang ahli geologi..ini adalah bidang yang perlu anda dalami..


    ::MINERAL::
    Mineral adalah sebarang unsur pepejal atau sebatian yang dijumpai secara semula jadi di kerak bumi. Mineral juga disebut sebagai galian yang boleh dijumpai di dalam tanah.
    Saiz mineral adalah berbeza-beza begantung kepada keadaan bagaimana ia terbentuk. Kebanyakan mineral ini wujud dalam bentuk kristal. Kristal boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti panjang, halus, dan berbentuk jarum.

    ::CIRI-CIRI MINERAL::

    1. KEKERASAN
    • Kebanyakan mineral adalah keras
    • Kekerasan mineral boleh diukur dengan menggunakan skala Mohs
    • Mineral yang keras boleh mengguris mineral yang lembut
    • Mineral yang paling keras di dunia adalah Berlian (Diamond) dan yang paling lembut adalah talkum.
    2.KETERLARUTAN DALAM AIR (SOLUBILITY)
    • Kebanyakan logam tidak boleh melarut di dalam air
    • Hanya sebatian berikut yang tidak boleh melarut di dalam air

    • Contoh : Kalium oksida, Kalium sulfida, Kalium karbonat, Natriun Oksida, Natrium sulfida, dan Natrium karbonat
    3. TINDAKAN HABA / KESAN PEMANASAN


    * Namun Natrium karbonat dan Kalium karbonat tidak akan diuraikan walau dipanaskan pada suhu yang tinggi.


    Monday, June 6, 2011

    Anda pasti akan BERJAYA ....

    Cikgu Remy yakin dengan pembacaan anda dan kesungguhan anda mengulangkaji subjek SAINS anda pasti akan berjaya..Terima kasih kerana menjadi blog cikgu sebagai destinasi revisi anda. Anda ingin berjaya? Of Course la nak kan...
     Cikgu sentiasa berpegang kepada falsafah ini:

    "Mengapa orang lain boleh BERJAYA dan mengapa bukan KITA?"

    Apabila kita selalu bertanya persoalan ini dalam diri kita..kita akan sedar banyak perkara yang menghalang kita untuk berjaya. Contohnya:
    MALAS
    Selalu memandang rendah diri sendiri
    Tidak bermotivasi
    Tiada matlamat masa hadapan
    Suka bertangguh kerja
    Melakukan dosa dan maksiat
    Berdosa dengan ibubapa, keluarga dan Guru
    Tidak yakin pada diri sendiri
    Buat kerja dengan sambil lewa
    Tidak serius
    Lebih suka berhibur dan bermain
    Buat kerja/ulangkaji pada saat-saat akhir
    dan macam-macam lagi yang hanya anda sahaja yang tahu..


    Jika anda berjaya mengatasi segala perkara di atas..anda pasti sudah selangkah untuk menggenggam nikmat kejayaan.
    Dengan kejayaan itu anda akan mengubah nasib anda dan keluarga anda.
    Anda akan:
    -Mendapat memasuki ke universiti
    -Mendapat biasiswa
    -Mendapat perkerjaan yang terbaik
    -Mendapat pendapatan yang lumayan
    -Hidup disanjungi dan dihormati
    -Dapat membalas jasa ibu bapa
    -Dapat membina keluarga yang bahagia


    Jadi pilihan di dalam hati anda..anda yang akan menentukan hidup anda. Selepas berusaha bersungguh-sungguh
    pastikan......
    anda mendapat berkat daripada
    +ALLAH
    +Ibu bapa
    +Guru-guru
    +Rakan-rakan 

    InsyaAllah..
    Jika segalanya dipermudahkan..apa yang anda inginkan akan tercapai
    KEJAYAAN itu pasti menjadi
    MILIK ANDA

    dan pada suatu hari nanti

    giliran ANDA pula....

    g0od LuCk~



    Gandakan usaha anda dengan set-set soalan berikut:
    sila klik di SINI atau
    sila klik di SINI 

     *cikgu remy ingin mengucapkan terima kasih kepada SMK Kampung Gelam kerana berkongsi latihan dan modul-modul.

    [Quick Revision] F3 - Chapter 5

    PERTUMBUHAN

    Pertumbuhan: 
    • Perubahan dalam sesuatu organisma dari segi jisim badan atau berat badan, saiz, dan bentuk tubuh badan dalam tempoh masa tertentu
    • Selain itu juga, perubahan fizikal, mental dan emosi sejak dilahirkan juga dianggap sebagai pertumbuhan.
    Ciri-ciri biasa yang digunakan untuk mengukur pertumbuhan manusia:
    1. BERAT
    2. KETINGGIAN
    3. KEPANJANGAN TANGAN
    4. SAIZ KEPALA MANUSIA

    LENGKUK PERTUMBUHAN MANUSIA
    (GRAF PERTUMBUHAN)




    Kadar pertumbuhan manusia boleh dibahagikan kepada 5 Fasa seperti mana pada gambar rajah di atas. Berikut adalah penerangan berkenaan setiap fasa dalam graf pertumbuhan manusia.

    Thursday, June 2, 2011

    INGIN MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN?

    1. Klik link Q-Net Melaka bahagian kanan blog Cikgu Remy
    2. Klik link ibubapa dan pelajar (Bahagian bawah)
    3. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda dan nombor kod keselamatan yang diberikan
    4. Klik pada bahagian kod kawalan untuk menyemak keputusan peperiksaan anda.
    5. Selamat mencuba!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...