.

Tuesday, June 7, 2011

[Quick Revision] F3 - Chapter 6

TANAH DAN SUMBERNYA

Pelajar-pelajar sekalian, kita akan membincangkan tajuk 6 yang berkisarkan berkenaan tanah dan garam galian yang terdapat di atas muka bumi ini. Bumi ciptaan tuhan ini begitu indah dan terdapat pelbagai mineral yang perlu kita kaji bersama-sama. Mungkin anda ingin menjadi seorang ahli geologi..ini adalah bidang yang perlu anda dalami..


::MINERAL::
Mineral adalah sebarang unsur pepejal atau sebatian yang dijumpai secara semula jadi di kerak bumi. Mineral juga disebut sebagai galian yang boleh dijumpai di dalam tanah.
Saiz mineral adalah berbeza-beza begantung kepada keadaan bagaimana ia terbentuk. Kebanyakan mineral ini wujud dalam bentuk kristal. Kristal boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti panjang, halus, dan berbentuk jarum.

::CIRI-CIRI MINERAL::

1. KEKERASAN
  • Kebanyakan mineral adalah keras
  • Kekerasan mineral boleh diukur dengan menggunakan skala Mohs
  • Mineral yang keras boleh mengguris mineral yang lembut
  • Mineral yang paling keras di dunia adalah Berlian (Diamond) dan yang paling lembut adalah talkum.
2.KETERLARUTAN DALAM AIR (SOLUBILITY)
  • Kebanyakan logam tidak boleh melarut di dalam air
  • Hanya sebatian berikut yang tidak boleh melarut di dalam air

  • Contoh : Kalium oksida, Kalium sulfida, Kalium karbonat, Natriun Oksida, Natrium sulfida, dan Natrium karbonat
3. TINDAKAN HABA / KESAN PEMANASAN


* Namun Natrium karbonat dan Kalium karbonat tidak akan diuraikan walau dipanaskan pada suhu yang tinggi.


Monday, June 6, 2011

Anda pasti akan BERJAYA ....

Cikgu Remy yakin dengan pembacaan anda dan kesungguhan anda mengulangkaji subjek SAINS anda pasti akan berjaya..Terima kasih kerana menjadi blog cikgu sebagai destinasi revisi anda. Anda ingin berjaya? Of Course la nak kan...
 Cikgu sentiasa berpegang kepada falsafah ini:

"Mengapa orang lain boleh BERJAYA dan mengapa bukan KITA?"

Apabila kita selalu bertanya persoalan ini dalam diri kita..kita akan sedar banyak perkara yang menghalang kita untuk berjaya. Contohnya:
MALAS
Selalu memandang rendah diri sendiri
Tidak bermotivasi
Tiada matlamat masa hadapan
Suka bertangguh kerja
Melakukan dosa dan maksiat
Berdosa dengan ibubapa, keluarga dan Guru
Tidak yakin pada diri sendiri
Buat kerja dengan sambil lewa
Tidak serius
Lebih suka berhibur dan bermain
Buat kerja/ulangkaji pada saat-saat akhir
dan macam-macam lagi yang hanya anda sahaja yang tahu..


Jika anda berjaya mengatasi segala perkara di atas..anda pasti sudah selangkah untuk menggenggam nikmat kejayaan.
Dengan kejayaan itu anda akan mengubah nasib anda dan keluarga anda.
Anda akan:
-Mendapat memasuki ke universiti
-Mendapat biasiswa
-Mendapat perkerjaan yang terbaik
-Mendapat pendapatan yang lumayan
-Hidup disanjungi dan dihormati
-Dapat membalas jasa ibu bapa
-Dapat membina keluarga yang bahagia


Jadi pilihan di dalam hati anda..anda yang akan menentukan hidup anda. Selepas berusaha bersungguh-sungguh
pastikan......
anda mendapat berkat daripada
+ALLAH
+Ibu bapa
+Guru-guru
+Rakan-rakan 

InsyaAllah..
Jika segalanya dipermudahkan..apa yang anda inginkan akan tercapai
KEJAYAAN itu pasti menjadi
MILIK ANDA

dan pada suatu hari nanti

giliran ANDA pula....

g0od LuCk~



Gandakan usaha anda dengan set-set soalan berikut:
sila klik di SINI atau
sila klik di SINI 

 *cikgu remy ingin mengucapkan terima kasih kepada SMK Kampung Gelam kerana berkongsi latihan dan modul-modul.

[Quick Revision] F3 - Chapter 5

PERTUMBUHAN

Pertumbuhan: 
  • Perubahan dalam sesuatu organisma dari segi jisim badan atau berat badan, saiz, dan bentuk tubuh badan dalam tempoh masa tertentu
  • Selain itu juga, perubahan fizikal, mental dan emosi sejak dilahirkan juga dianggap sebagai pertumbuhan.
Ciri-ciri biasa yang digunakan untuk mengukur pertumbuhan manusia:
  1. BERAT
  2. KETINGGIAN
  3. KEPANJANGAN TANGAN
  4. SAIZ KEPALA MANUSIA

LENGKUK PERTUMBUHAN MANUSIA
(GRAF PERTUMBUHAN)




Kadar pertumbuhan manusia boleh dibahagikan kepada 5 Fasa seperti mana pada gambar rajah di atas. Berikut adalah penerangan berkenaan setiap fasa dalam graf pertumbuhan manusia.

Thursday, June 2, 2011

INGIN MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN?

  1. Klik link Q-Net Melaka bahagian kanan blog Cikgu Remy
  2. Klik link ibubapa dan pelajar (Bahagian bawah)
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda dan nombor kod keselamatan yang diberikan
  4. Klik pada bahagian kod kawalan untuk menyemak keputusan peperiksaan anda.
  5. Selamat mencuba!

[Quick Revision] F3 - Chapter 4

SISTEM PEMBIAKAN (Reproductive System)

Cikgu Remy rasa bab ini yang paling dinanti-nantikan oleh pelajar semua. Bagi cikgu, bab ini menarik dan mudah dihafal. Jadi nota ringkas cikgu ini diharapkan dapat memberikan suntikan motivasi kepada pelajar untuk terus meminati subjek sains yang best ini. Teruskan usaha anda!

KENAPA...
perlu ada sistem pembiakan?
  1. Dapat menghasilkan individu yang baru
  2. Mengelak dari berlaku kepupusan spesies hidupan
  3. Sekiranya bilangan individu semakin bertambah, spesies tersebut akan koloni kawasan yang baru
 TERDAPAT 2 JENIS PEMBIAKAN YANG PERLU ANDA KETAHUI:
  • PEMBIAKAN ASEKS (ASEXUAL REPRODUCTION) : Penghasilan anak dengan individu tunggal tanpa melibatkan persenyawaan (percantuman) gamet jantan (sperma) dan gamet betina (ovum)
  • PEMBIAKAN SEKS (SEXUAL REPRODUCTION) : Penghasilan anak melalui persenyawaan (pencantuman) antara dua gamet berbeza iaitu gamet jantan dan gamet betina.
 ::PEMBIAKAN ASEKS::
Pembiakan aseks ini tidak melibatkan induk jantan dan betina. Mana-mana bahagian pada induk akan berkembang menjadi individu yang baru (anak). Oleh itu, anak yang terhasil mempunyai ciri-ciri yang sama dengan induknya yang disebut sebagai KLON. Terdapat sebanyak 5 cara pembiakan aseks:
  1. BELAHAN DEDUA
  2. PERTUNASAN
  3. PEMBENTUKAN SPORA
  4. PENJANAAN SEMULA
  5. PEMBIAKAN VEGETATIF
 1. BELAHAN DEDUA
  • Pembelahan sel kepada dua sel anak yang serupa dengan sel induk
  • Berlaku pada organisma unisel seperti Ameba, Paramesium, dan Bakteria

2. PERTUNASAN
  • Pembentukan tunas baru pada induk yang akan berkembang dan akhirnya terpisah dari induk menjadi individu yang baru. Anak yang terhasil mempunyai ciri yang serupa dengan induk.
  • Contoh: Hidra (sejenis haiwan)  dan Yis (sejenis organisma unisel)
  
3. PEMBENTUKAN SPORA
  • Spora adalah zarah yang halus yang dihasilkan daripada satu atau lebih sel dan diselaputi dengan lapisan yang keras.
  • Apabila spora telah matang, ia akan disebarkan dan menghasilkan individu yang baru.
  • Contoh: Tumbuhan tidak berbunga seperi paku pakis, cendawan dan lumut.
4. PENJANAAN SEMULA
  • Penjanaan semula adalah pembentukan organisma yang baru apabila bahagian pada induk rosak, pecah ataupun putus.
  • Contoh: Tapak Sulaiman, Cacing pipih (Planarian)

 5. PEMBIAKAN VEGETATIF
  • Pokok baru yang tumbuh daripada bahagian spesifik tumbuhan seperti batang, akar, dan daun pada pokok induk.
  • Terdapat beberapa contoh pembiakan vegetatif iaitu : Batang Rayap (Runner), Umbisi (Corms), Rizom, Bebawang (Bulb) dan Sulur
BATANG RAYAP:
Batang rayap atau stolon adalah salah satu daripada contoh pembiakan vegetatif bagi tumbuhan. Batang rayap adalah batang yang tumbuh menjalar atau mengufuk di permukaan tanah. Ia mempunyai buku dan ruas. Pada bukunya tumbuh tunas dan akar yang akan berkembang membentuk anak pokok yang baru. Akhirnya batang rayap ini akan hancur mereput dan meninggalkan anak pokok ini terasing daripada induknya. Contoh: Rumput,  dan Strawberi

BEBAWANG:


SULUR: 
Pucuk yang tumbuh daripada mata tunas yang terdapat pada batang pokok induk. Contohnya Pokok Pisang 

UMBISI:
Umbisi terdiri daripada batang yang membengkak untuk menyimpan makanan. Batangnya sentiasa berada di permukaan tanah. Umbisi yang baru tumbuh di atas umbisi yang lama dan tunas akan tumbuh di tepinya. Contoh tumbuhan yang membiak dengan cara umbisi ialah sengkuang cina dan keladi.

sengkuang cina
Keladi

RIZOM:
Rizom adalah batang yang tumbuh secara mengufuk di bawah permukaan tanah. Batangnya kelihatan bersegmen kerana terdapat buku dan ruas. Pada rizom terdapat tunas-tunas yang akan berkembang menjadi batang, akar, dan daun. Contohnya halia dan teratai.
halia

 ::PEMBIAKAN SEKS::
  1. Melibatkan dua induk yang berbeza jantina (lelaki/jantan) dan (perempuan/betina)
  2. Ia melibatkan organ seks yang menghasilkan GAMET (sel pembiakan) dan proses PERSENYAWAAN
  3. Gamet jantan dikenali sebagai SPERMA dan gamet betina adalah OVUM
PERSENYAWAAN : Percantuman nukleus sperma dengan nukleus ovum membentuk zigot. Zigot akan berkembang membentuk embrio dan kemudian menjadi fetus (janin) sebelum dilahirkan.

Sperma memasuki ovum semasa proses persenyawaan
TERDAPAT 2 JENIS PERSENYAWAN:
  • Persenyawaan luar
  • Persenyawaan dalam
Persenyawaan luar: Persenyawaan sperma dan ovum di luar badan betina. Biasanya berlaku di dalam air seperti katak.
Persenyawaan dalam: Persenyawaan sperma dan ovum di dalam badan betina. Berlaku pada hidupan darat seperti burung, reptilia dan mamalia.

Persenyawaan luar katak di kawasan berair

Saturday, February 12, 2011

[Quick Revision] F3 - Chapter 3

SISTEM PERKUMUHAN (Excretion System)


Sekarang kita akan belajar berkenaan sistem perkumuhan manusia. Perkumuhan bermaksud proses penyingkiran bahan-bahan buangan daripada badan manusia. Apakah kepentingan sistem ini kepada manusia?

3 Organ Perkumuhan Manusia:
  1. Kulit (Skin)
  2. Peparu (Lung)
  3. Ginjal (Kidney)
::KULIT::  

Bahan buangan : Air, Urea, dan Garam Mineral
Cara perkumuhan : Berpeluh
Proses berpeluh :
  1. Air berlebihan, Urea, dan garam mineral daripada darah keluar daripada kapilari darah
  2. Bahan buangan itu memasuki Kelenjar peluh
  3. Bahan buangan di simpan di dalam Duktus peluh
  4. Apabila cuaca panas, atau melakukan aktiviti cergas, peluh akan dikeluarkan melalui liang peluh.
::PEPARU::


Bahan buangan : Karbon dioksida, dan Wap air
Cara perkumuhan : Menghembus nafas
Proses menghembus nafas :
[Sila rujuk bab 2]


::GINJAL::


Ciri-ciri ginjal : 
  • Sepasang organ berbentuk kacang
  • Berwarna merah gelap
  • Terletak pada kiri dan kanan di bahagian bawah rongga abdomen
  • Ia dilindungi dan diselaputi dengan membran keras yang dikenali sebagai Kapsul
Bahan buangan : Air, Urea, dan Garam Mineral
Cara perkumuhan : Penghasilan air kencing

PROSES PEMBENTUKAN AIR KENCING DI GINJAL:
  1.  Darah dari aorta memasuki ginjal melalui saluran arteri renal
  2. Darah terus memasuki medula dan darah ditapis
  3. Darah ditapis di kapilari darah yang sangat halus dan dikenali sebagai glomerulus
  4. Hanya molekul yang kecil sahaja yang ditapis keluar iaitu UREA, AIR dan GARAM MINERAL. Hasil tapisan tersebut akan dikumpulkan di pelvis ginjal dan dikenali sebagai AIR KENCING.
  5. Bahan yang bersaiz besar seperti sel-sel darah merah dan protein akan terus meninggalkan ginjal dan memasuki vena renal.
  6. Air kencing yang telah terhasil akan memasuki ureter dan terus ke pundi kencing
  7. Air kencing akan disimpan sementara di dalam pundi kencing sehingga ia penuh
  8. Jika pundi kencing penuh, ia akan mengecut dan mengepam air kencing keluar dari badan melalui uretra.      
KEGAGALAN FUNGSI GINJAL:
  • Menggunakan Mesin Dialisis (Hemodialisis)

Mesin ini digunakan bagi membantu pesakit yang ginjalnya tidak berfungsi untuk menapis darah bagi menghasilkan air kencing. Pesakit perlu menjalani rawatan ini sebanyak dua atau tiga kali seminggu dan untuk setiap rawatan ia memerlukan masa lebih kurang 8 hingga 10 jam. Namun kaedah ini tidak boleh merawat pesakit dari pulih dari masalah kegagalan ginjal berfungsi dan pesakit harus menjalani rawatan dialisis ini sepanjang hayat.
  • Pemindahan Buah Pinggang/Ginjal (Kidney transplant)
Kaedah ini merupakan pembedahan yang dilakukan oleh pakar perubatan di mana pesakit mendapat ginjal yang baru dari penderma. Penderma buah pinggang ini perlulah sesuai dengan pesakit. Setelah pemindahan dilakukan, pesakit akan sembuh dan tidak perlu melakukan hemodialisis. Namun, untuk mendapat ginjal yang sepadan adalah amat sukar.

PERKUMUHAN TUMBUHAN:

Tumbuhan tidak mempunyai organ perkhumuhan seperti manusia dan haiwan. Oleh itu, ia menggunaka bahagian tertentu untuk menyimpan dan menyingkirkan bahan buangannya seperti DAUN, BUNGA, KULIT POKOK dan BUAH.

PARA PELAJAR HARUS INGAT!!!
Tumbuhan akan sentiasa menyingkirkan tiga bahan utama: OKSIGEN, KARBON DIOKSIDA, WAP AIR. Semua bahan tersebut disingkir secara berterusan semasa:
Fotosintesis : Oksigen
Respirasi : Karbon Dioksida
Transpirasi : Wap air

Selain itu, tumbuhan juga menyingkirkan bahan buangan kompleks seperti berikut:




Yahoo...tahniah pelajar cikgu..anda telah tamat mengulangkaji tajuk 3 tingkatan 3 iaitu berkenaan SISTEM PERKUMUHAN. Semoga ia membantu anda dalam PMR nanti...

Thursday, February 10, 2011

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...