.

Monday, February 7, 2011

Teknik Belajar Sains dengan BERKESAN...

Assalamuaikum wbt dan Salam Sejahtera...



Betul kee SAINS susah? Sebenarnya Sains merupakan satu subjek yg menarik dan mudah dipelajari sekiranya dipelajari dengan teknik yang betul. Cikgu akan berikan tip-tip yang boleh membantu anda untuk cemerlang dalam Sains. Berikut adalah beberapa cara yg difikirkan boleh memudahkan proses pembelajaran Sains.

a) Buat ulangkaji selalu.
  • Jangan biarkan topik-topik bertambah sebelum memulakan ulangkaji. Ulangkaji awal supaya anda tidak menyesal dan panik melihat banyak topik yg belum diulangkaji. So, kena la mula study awal-awal. Bukan last minutes!
b) Belajar Sains setiap minggu.
  • Tidak kisah apa jenis Sains, belajarlah Sains setiap minggu. Jangan asyik mempelajari subjek-subjek lain sahaja. Siapkan homework dan latihan yang diberikan dan tidak menunggu sehingga peperiksaan hampir tiba. 

Sunday, February 6, 2011

[Quick Revision] F3 - Chapter 2

 ::SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA::


  1. Dalam bab 2 ini para pelajar MESTI menguasi 3 subtopik yang penting iaitu Jantung, Saluran Darah, dan Darah  
  2. Sistem peredaran darah manusia dikenali sebagai Sistem Peredaran Berganda (Double Circulation System) kerana melibatkan dua sistem iaitu Sistem Peredaran Pulmonari (Pulmonary Circulation System) dan Sistem Peredaran Sistemik (Systemic Circulation System)
  3. Sistem Peredaran Pulmonari: Penghantaran darah dari jantung ke peparu  dan dari peparu ke jantung
  4. Sistem Peredaran Sistemik : Penghantaran darah dari jantung ke seluruh sel dalam badan dan dari sel ke jantung semula. 

Saturday, February 5, 2011

UPDATE : Soalan Tutorial Sains

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Akhirnya.. 
Soalan tutorial sains telah diupload dan semoga dengan latihan-latihan yang diberikan itu dapat membantu anda untuk menjadi lebih baik. Lebih banyak latihan lebih baik untuk menghadapi peperiksaan.
Semoga terus berjaya~

Link tutorial:

Sekian, terima kasih.

Sentiasa POSITIF, jadi POSITIF

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

"Bangun sahaja pada waktu pagi, terus terbayang..esok sudah ahad....isnin da nak sekolah.. malasnya nak wat homework...nak study pon macam takder mood jerr...Biarlaa..esok-esok boleh study lagi...Arghhh..Study awal-awal pon bukan aku boleh score dalam exam"

Pelajar-pelajar sekalian, itu adalah tindakan minda yang negatif yang akan sentiasa mengundang kegagalan dalam hidup. Semua orang ingin berjaya dalam hidup. Namun sekiranya ada rasa Negatif dalam minda ia mampu mengawal segala aura Positif dalam diri kita. Dalam kehidupan ini telah digariskan bahawa adanya baik adanya yang jahat. Yang baik mendapat Pahala yang jahat tentu-tentulah Dosa. Itu adalah konsep ganjaran dan pembalasan.

Justeru sesiapa yang berfikiran negatif mestilah balasannya juga adalah negatif.. Anda mahu ker? Jadi mestilah sentiasa berfikiran positif supaya nanti hasilnya juga adalah positif.. Bagaimana untuk menjadi positif?

Friday, February 4, 2011

[Quick Revision] F3 - Chapter 1


 RESPIRASI



Definisi:
Respirasi adalah satu proses Pengoksidaan makanan (pembakaran makanan) di dalam sel badan dengan menggunakan Oksigen dan Glukosa bagi menghasilkan Tenaga, Karbon Dioksida, dan Wap Air.


Mekanisme Pernafasan:
Struktur pernafasan manusia
  1. Udara memasuki Lubang Hidung
  2. Masuk ke Rongga Hidung
  3. Masuk ke Trakea
  4. Masuk ke Bronkus
  5. Masuk ke Bronkiol
  6. Masuk ke Alveolus untuk melakukan pertukaran gas


Struktur Alveolus:
Struktur alveolus manusia

Mengapakah alveolus sangat sesuai untuk pertukaran gas?

T - Thin (Nipis)
E - Elastic (Kenyal)
N - Number (Bilangan)
C - Capillary (Kapilari)
A - Area (Luas)
M - Moist (Lembab)

  1. Dinding nipis, hanya setebal satu sel sahaja
  2. Dinding yang kenyal mampu untuk mengembang dan mengecut
  3. Wujud dalam bilangan yang banyak
  4. Mempunyai banyak kapilari darah untuk pertukaran darah
  5. Luas permukaan yang besar
  6. Permukaan yang lembab memudahkan resapan gas
PROSES PERTUKARAN GAS DI ALVEOLUS



  1. Udara Sedut mempunyai kepekatan Oksigen (O2) yang tinggi berbanding gas Karbon Dioksida (CO2) di dalam alveolus.
  2. Oksigen meresap ke dalam dinding alveolus dan memasuki saluran kapilari darah yang mengandungi Haemoglobin (Sel darah merah)
  3. Oksigen meresap masuk ke dalam Haemoglobin membentuk Oksihaemoglobin (darah beroksigen) dan di bawa ke seluruh badan untuk melakukan proses respirasi sel.
  4. Oksihaemoglobin yang mengandungi banyak oksigen akan berpisah dan masuk ke dalam sel badan.
  5. Sel badan menggunakan oksigen untuk melakukan respirasi bagi menghasilkan TENAGA, WAP AIR dan CO2. CO2 yang banyak dalam sel akan meresap keluar dari sel dan memasuki saluran kapilari darah.
  6. Haemoglobin bergabung pula dengan CO2 dan membentuk Karbaminohaemoglobin dan dihantar ke alveolus semula bagi melakukan pertukaran gas.
  7. Apabila Karbaminohaemoglobin tiba di alveolus,  CO2 yang banyak di dalam Haemoglobin akan meresapkan keluar dan meresap masuk ke dalam alveolus.
  8. CO2 yang banyak di dalam alveolus akan dihembus keluar semasa bernafas.

Selamat Menghadapi PMR dan SPM 2011

Cikgu nak wish awal-awal supaya anda yang bakal menghadapi PMR dan SPM tahun ini bersiap sedia dengan lebih awal...


Ingat pesan dan kata-kata cikgu.. jangan mengalah jika anda tidak pandai kerana kepandaian bergantung kepada USAHA dan KERAJINAN anda.. Hanya orang yang MALAS akan gagal dalam hidupnya..

Selamat Tahun Baru Cina 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...