.

Sunday, August 3, 2014

Format PT3 Bagi Subjek Sains (Ujian Bertulis)

Penerangan
Tugasan memerlukan murid untuk memberikan respon secara bertulis dalam bentuk ujian objektif atau subjektif.

Tempoh
Dua jam

Konstruk
Pengetahuan, Kefahaman dan Kemahiran

Kaedah Penskoran
Analitik atau holistik

Bentuk Ujian
Objektif atau subjektif

Jenis Item
Respon terhad / respon terbuka / berstruktur / objektif pelbagai bentuk

Tajuk
Tugasan dibangunkan dalam lingkungan sukatan perlajaran tingkatan satu hingga tiga

Pelaksanaan
Berjadual dan dalam tempoh yang dibenarkan

Pemeriksaan
Dilakukan oleh guru berpandukan Panduan Penskoran

Mode
Murid memberikan respon secara individu

Bagi memahami PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) dengan lebih lanjut, boleh baca artikel mengenai Instrumen, Jadual dan Pelaksanaan PT3. Rujuk juga jadual pelaksanaan PT3 supaya dapat bersedia lebih awal.

Jadual Pelaksanaan
Pelbagai Instrumen
Pentadbiran : 1 - 18 Julai
Hantar gred : 15 - 29 Ogos

Ujian Lisan
Pentadbiran : 6 - 29 Ogos
Hantar Gred : 15 - 29 Ogos

Ujian Bertulis
Pentadbiran : 12 - 17 Oktober
Hantar Gred : 1 - 14 November

SILA DOWNLOAD CONTOH SOALAN PT3 SAINS:
Klik untuk muat turun

SUDAH LAMA MENYEPI? KINI CIKGU REMY KEMBALI....


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera..

Blog sains cikgu Remy sudah lama menyepi kerana banyak faktor. Faktor utama adalah disebabkan kesempitan masa dalam menguruskan hal-hal kerjaya dan dalam masa yang sama cikgu Remy sedang sibuk menyambung belajar diperingkat Master di UPM. Atas maklum balas ramai pihak..cikgu akan kembali aktif menyediakan bahan-bahan sains khususnya untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan bertulis PT3. Semoga blog ini memberi manfaat kepada semua pelajar-pelajar di Malaysia...

Wednesday, October 10, 2012

#LAST but not least


Monday, October 8, 2012

FORMULA!!

Assalamualaikum wbt dan Salam 1Malaysia

Esok akan bermulalah anak anak didik yang cikgu sayang menduduki PMR 2012. Segunung harapan mengharapkan untuk anda semua untuk mendapat STRAIGHT A's. Khususnya bagi subjek SAINS, cikgu mengharapkan semua pelajar cikgu sama ada di SMK Durian Tunggal ataupun pelajar tusyen cikgu untuk SCORE A. Ingatkanlah apa yang telah kita pelajari dan segala-galanya cikgu telah garapkan semasa cikgu mengajar.

Dan ini adalah formula untuk menajwab bahagian B Kertas II yang boleh membantu anda untuk menjawab soalan bahagian tersebut. Sila hafal dan aplikasikan semasa menjawab kertas soalan anda nanti.

Formula Kertas II
Akhir sekalian dengan segala doa dan tawakal cikgu berdoa kepada Allah SWT supaya mempermudahkan semua anak murid cikgu untuk menjawab soalan PMR. 

ALL THE BEST
GOOD LUCK

Saturday, October 6, 2012

:: Tajuk Ramalan [ Terengganu ] ::

Cikgu Remy baru je mendapat informasi berkenaan tajuk ramalan dari Negeri Terengganu. Penggubal soalan PMR byk datangnya dari Terengganu.. Mungkin ini boleh membantu anda. 

Ini adalah ramalan..bukan SOALAN BOCOR~
Sekadar perbandingan: 
Semua tajuk di atas termasuk dalam list HOT TOPIC 2012 Analisis Cikgu Remy KECUALI
Matter dan Excretion.

Friday, October 5, 2012

EDISI GURU: ANALISIS PMR 2012

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM 1 MALAYSIA
Edisi ini dalam bentuk Powerpoint Presentation. So rakan rakan guru masih ada masa untuk membuat ulang kaji terakhir bersama pelajar (Lebih-lebih lagi jika pelajar tinggal di asrama..boleh sumbat input last minute ini pada waktu kelas prep malam). Harap dapat membantu~

"A" For SCIENCE !
 

Wednesday, October 3, 2012

ANALISIS SOALAN PERCUBAAN SAINS PMR 2012

Pelajar boleh buat checklist tajuk2 penting untuk tahun ini. Pastikan anda semua telah memahami dan menguasai sepenuhnya tajuk2 soalan feveret tahun ini. Jika ada masalah sila buat quickrevision dengan merujuk buku nota/ guru atau rakan yang memahami konsep tersebut.

Tiada yang mustahil untuk berjaya jika anda sendiri mencipta peluang untuk berjaya..
"Bukan senang nak jadi senang, TETAPI bukannya susah nak jadi susah"

Preview analisis
Jika anda ingin dowload analisis ini,
boleh klik sahaja

Monday, October 1, 2012

TEKNIK MENJAWAB KERTAS SAINS BHGN B (KERTAS 2) SAINS PMR

Bahagian ini adalah bahagian PALING SENANG untuk pelajar mengumpul markah. Bahagian ini menyumbang sebanyak 20% daripada markah keseluruhan.. So, sila FAHAMkan baik-baik dan aplikasikan semasa menjawab soalan nanti yer!  
All the BEST~


Himpunan Soalan Chapter 6 (F3) soalan2 percubaan Negeri 2012

terima kasih kepada
Blog Sains PMR
atas perkongsian tersebut...
So pelajar2 sekalian boleh la buat rujukan dan panduan..
G0od Luck~

Saturday, September 29, 2012

ANALISIS SOALAN PERCUBAAN SAINS PMR NEGERI-NEGERI 2012 (KERTAS 2)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah ada juga masa dan kesempatan untuk cikgu siapkan analisis soalan-soalan percubaan negeri-negeri bagi subjek SAINS yang SENANG ni. Cikgu telah membuat analisis soalan-soalan dari semua negeri kecuali Sabah dan Sarawak (Sebab sampai ke hari ni cikgu x dapat soalan trial dari negeri tersebut..Diorang xde trial kot. Heheheh..)

[Jgn download ini] Preview Analisis
Dalam kesibukan dan kepenatan, akhirnya tercapai jua cita-cita cikgu untuk menyiapkan analisis ini. Walaupun sudah sampai ke saat-saat akhir sebelum semua anak murid cikgu melangkah ke dalam dewan peperiksaan, cikgu yakin dan percaya analisis ini boleh membantu anda untuk membuat ulangkaji pada saat-saat akhir

[Jgn download ini] Preview Analisis
So, sebelum anda download analisis yang telah cikgu sediakan.. Ini adalah antara tajuk-tajuk FEVERET cikgu untuk tahun 2012 berdasarkan kekerapan soalan yang ditanya dalam soalan trial. Perlu diingatkan..ini BUKAN SOALAN BOCOR... Ini hanyalah RAMALAN sahaja... Bolehlah anda semua buat quick revision tajuk-tajuk feveret ni. Manalahhh tau kann..rezeki anda soalan dari tajuk ini keluar...

KERTAS II
1. Sistem sokongan haiwan dan tumbuhan
2. Kitaran haid / Ovulasi / Persenyawaan / Penempelan / Perkembangan bayi
3. Jenis penjana kuasa/ transformer / NGN
4. Ketumpatan (Terapung/ Tenggelam)
5. Tindakbalas Sebatian Kalsium Karbonat ( T/bls dgn air, asid dan pemanasan)
6. Fotosintesis ( Persamaan, Faktor-faktor dan kepentingan)
7. Pemindahan haba ( Konduksi / Perolakan / Sinaran / Penyerap/ pemantul/pemancar haba yg baik)
8. Penyejatan (Faktor2 yang mempengaruhi penyejatan)
9. Telinga dan Bunyi
DOWNLOAD ANALISIS FULL VERSION
 
Dan ini adalah Analisis keseluruhan yang anda boleh Download. Sila klik di SINI

Akhir sekali,cikgu doakan semua anak murid cikgu berjaya dan pastikan A untuk subjek SCIENCE. SCIENCE is EASY... Jika anda nak share analisis ini amat dialu-alukan.. Sharing is Caring <3

USAHA + RAJIN + AZAM + TAWAKAL = KEJAYAAN
G0OD LUCK !

Saturday, August 11, 2012

ANALISIS SOALAN PERCUBAAN PMR 2011 [Kertas 2]

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Kali ni Cikgu ReMy ingin memberi nota ringkas berdasarkan soalan2 percubaan Negeri/MRSM/SBP. Perlu diingat kepada pelajar semua.. ini BUKAN SOALAN RAMALAN! ini adalah analisis soalan-soalan feveret untuk PMR 2011. Sementara menunggu untuk analisis bagi percubaan tahun 2012, para pelajar boleh menggunakan nota ringkas ini sebagai bahan rujukan.

Analisis muka surat 1
Analisis muka surat 4
Analisis muka surat 9

p/s: nota ini dalam bentuk tulisan tangan, jika tidak jelas atau kabur, Cikgu ReMy mohon ampun dan maaf yer.. Semua sekali ada 9 muka surat.

So, pelajar2 form 3 apa lagi, download la analisis ini. Anda boleh print atau save sahaja dalam laptop/pc anda ataupun cikgu ReMy yakin para pelajar sudah ada smartphone. So, just save dalam handphone anda dan boleh dibaca di mana-mana sahaja.
( tapi jangan bawa handphone ke sekolah yer..nanti guru disiplin rampas =p ). 
Semoga analisis ini membantu anda dan g0od luck utk trial tahun ini ok!     SCIENCE is EASY!

+ Rajin Usaha
+ Azam yang kuat
+ Doa dan restu
+ Berkat ibubapa dan guru
= K.E.J.A.Y.A.A.N
  
klik  DISINI untuk muat turun
2 format (jpeg/microsoft word)

Thursday, June 21, 2012

PEKA SAINS =)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Markah PEKA penting untuk semua pelajar form 3 kerana akan tercatat pada slip keputusan PMR. So, sesiapa yang ada masalah untuk PEKA...harap ini dpt membantu anda.



Anda hanya perlu klik link di bawah atau download dari sidebar di sebelah kanan [PEKA Sains PMR]

Peka Sains PMR

Thursday, January 12, 2012

2012 : Impian seluas langit...

Salam 1 Malaysia..

Fuhhh..fuh...fuhhhh!! Berabuk dan bersarang da blog cikgu ni...Lama cikgu tidak update blog ciguraimi ni. semua ini gara-gara pelbagai kerja-kerja yang harus dilaksanakan. maklumlah tagline guru sekolah skrg ni: GURU BUKAN SEKADAR MENGAJAR... maknanya macam-macam tugas yang guru kena laksanakan demi mencapai hasrat Negara bagi melahirkan modal insan yang berkualiti. Tetapi secara keseluruhannya, cikgu memang rasa seronok bergelar guru dan terasa nikmat dan kepuasan dalam mendidik anak murid yang disayangi.

Asam garam dalam sebuah perjalanan hidup sudah pasti disulami dengan 1001 rasa dan hadapi ia dengan senyuman dan percaya pada hikmah yang Allah telah tetapkan. Keputusan PMR 2011 telah diketahui umum. Bagi cikgu, ia adalah kejayaan yang amat membanggakan. ramai student cikgu yang telah mencipta A untuk subjek sains... dan yang lebih membanggakan student cikgu, MOHD AMIRUL AZREEN dari kelas yang agak belakang mampu mencipta A. Ini bermakna kelas bukanlah faktor menghalang anda untuk mencipta A untuk Sains PMR. Ia bermula dari hati...kesungguhan dan kepercayaan diri. Dengan itu, usaha untuk mencapai impian itu datang dengan rela hati. Akhirnya dia berjaya... hanya bermula dengan sebuah IMPIAN menjadi KENYATAAN. Cikgu bangga dengan awak AMIRUL! Semoga ini akan jadi sumber inspirasi bagi anda semua untuk berjaya seperti Amirul..

2012 ini cikgu ada impian yang lebih besar..ingin lihat lebih ramai yang mampu ada IMPIAN SELUAS LANGIT. Sama-sama kita mencipta A untuk sains.. sebab bagi cikgu...SCIENCE is EASY. jadi, impian itu penting dalam membawa halatuju dan langkah menuju kejayaan. Namun jika tidak dapat mencapai langit, sekurang2nya anda sudah ada di puncak.. Ya! Langit tidak selalunya cerah..hujan turun menduga...tetapi percayalah..pelangi akan tiba mewarni langit pabila hujan pergi.

kita kena sentiasa POSITIF!!
+
kita kena ada MOTIF!!
+
kita kena PROAKTIF!!

SCORE A FOR SCIENCE !

P/S: So, dah boleh mula wat revision dan latihan.. anda boleh download soalan tutorial dari blog cikgu~

Monday, October 3, 2011

Hot..Hot..Hot topics 2011

Friday, June 10, 2011

[Quick Revision] F3 - Chapter 7

ELEKTRIK



Hai para pelajar sekalian..sekarang kita akan sama-sama belajar berkenaan elektrik, elektrostatik, pengiraan arus,voltan dan rintangan dan terakhir sekali kita akan sama-sama bincangkan berkenaan elektromagnet. Jika bab yang lepas khus untuk ahli geologi, sekarang dalam bab 7 ini kepada pelajar yang minat untuk menceburkan diri dalam profesion saintis, jurutera elektrik, jurutera mekanik dan juga elektronik.

::ELEKTROSTATIK::


  1. Jirim diperbuat daripada zarah-zarah yang dipanggil sebagai atom
  2. Setiap atom mempunyai cas negatif dan cas positif
  3. Proton bercas positif dan Elektron bercas negatif 
  4. Cas yang berbeza akan saling tertarik dan cas yang sama akan saling menolak 
  5. Objek yang mempunyai elektron yang lebih akan menjadi cas negatif manakala objek yang mempunyai sedikit  elektron akan menjadi cas positif. Elektron tidak bergerak dan hanya terdapat di dalam objek sahaja. Fenomena ini dikenali sebagai ELEKTROSTATIK.
  6. Statik bermaksud pegun atau tidak bergerak. Ini bermakna cas tidak mengalir dan elektrostatik ini berlaku di dalam penebat elektrik seperti plastik dan getah.


ELEKTROSTATIK MELALUI GESERAN

Cas boleh dihasilkan dengan mengosokkkan sesuatu bahan dan bergantung kepada:
  • Jenis bahan yang digunakan
  • Bahan yang digosokkan kepada objek

ELEKTROSKOP
Elektroskop adalah alat yang digunakan untuk mengesan kewujudan cas

BAGAIMANA ELEKTROSKOP MENGESAN CAS??
  1. Sekiranya rod yang bercas positif diletakkan di bahagian plat logam.
  2. Semua cas negatif yang berada di bahagian rod logam dan daun emas akan tertarik ke bahagian plat logam.
  3. Ini memberi kesan kepada rod logam dan daun emas yang kedua-duanya menjadi cas positif.
  4. Apabila kedua-duanya bercas positif, ini menyebabkan ia saling tertolak. Oleh itu, daun emas tersebut akan mencapah.
  5. Apabila rod yang bercas positif dialihkan daripada plat logam, daun emas akan kembali ke kedudukan asal kerana telah dineutralkan.
    APLIKASI ELEKTROSTATIK
    1. SEMBURAN CAT
    • Dalam penghasilan kereta, penyembur elektrostatik digunakan untuk mengecat kereta
    • Badan kereta dicaskan dan penyembur cat dicaskan dengan cas yang berbeza
    • Cas disemburkan di seluruh bahagian badan kereta  dengan cepat
    2. PALAM PENCUCUH (SPARK PLUG)
    • Palam pencucuh digunakan pada enjin kenderaan 
    • Ia akan menghasilkan percikan api antara elektrod dan akan membakar bahan bakar
    • Kenderaan akan bergerak
    3. PEMBENTUKAN KILAT
    • Awan yang tebal di langit akan bergeser dengan molekul-molekul air hujan menghasilkan cas pada awan
    • Apabila terlalu banyak cas, ia akan menghasilkan percikan api ke awan lain atau ke bumi. Fenomena itu dipanggil sebagai kilat.
    ::ELEKTRIK::
    • Elektrik adalah cas elektrik yang mengalir di dalam konduktor (pengalir elektrik)
    • Elektrik merupakan sejenis tenaga yang boleh berubah ke bentuk yang lain
    • Elektrik terhasil apabila ada elektron yang bergerak dalam satu arah menerusi konduktor
    • Contoh elektrik yang digunakan dalam kehidupan seharian kita adalah:
    - Sel Kimia seperti bateri
    - Sel Solar yang menukarkan tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga elektrik
    Pada bahagian ini kita akan membincangkan berkenaan:
    ARUS
    VOLTAN
    RINTANGAN
    Arus:
    1. Elektrik terhasil apabila ada elektron yang bergerak di dalam litar elektrik
    2. Arus elektrik adalah kadar pergerakkan cas elektrik (elektron)
    3. Unit SI untuk arus elektrik adalah ampere (A)
    4. Arus elektrik bergerak dari terminal Positif ke terminal Negatif manakala pergerakkan elektron pula sebaliknya.
    PENJANA VAN DE GRAAFF:

    Alat ini digunakan untuk menghasilkan cas elektrik (elektrostatik)  dengan voltan yang tinggi di bahagian kubat alat ini.
    Apabila penjana digunakan, kepingan getah akan berpusing dan menghasilkan geseran dengan pemutar (roller) menyebabkan kubah dicaskan.
    Bahagian kubah pada penjana adalah bercas positif
    alat ini sesuai untuk melakukan eksperimen elektrostatik.


    Voltan:

    1. Tenaga elektrik yang diperlukan untuk membolehkan elektron mengalir daripada satu titik ke titik yang lain di dalam konduktor (litar elektrik)
    2. Unit SI bagi vontan adalah volt (V)
    3. Voltan diukur dengan menggunakan voltmeter



    Rintangan:
    1. Rintangan diukur dengan mengira berapa banyak komponen elektrik yang menghalang pengaliran arus elektrik.
    2. Semasa arus elektrik mengalir menerusi konduktor, sebahagian arus elektrik akan berubah bentuk kepada tenaga haba.
    3. Unit SI bagi rintangan adalah ohm
    4. Semakin tinggi rintangan, semakin kurang arus elektrik mengalir
    5. Terdapat dua jenis perintang yang digunakan pada litar elektrik iaitu perintang tetap dan perintang boleh laras (rheostat)
    6. Faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan arus elektrik:

    • Kepanjangan : Semakin penjang konduktor, semakin tinggi rintangan
    • Luas keratan rentas/Ketebalan : Semakin tebal konduktor, semakin rendah rintangan
    • Jenis bahan : Rintangan juga bergantung kepada bahan konduktor. Sebagai contoh, Kuprum dan perak mempunyai rintangan yang rendah berbanding tungsten dan nikrom
    • Suhu : Semakin tinggi suhu, semakin tinggi rintangan. Ini kerana apabila suhu tinggi, atom konduktor akan bergetar dengan laju dan menghalang pergerakkan elektron.
    ::PERHUBUNGAN ANTARA ARUS, VOLTAN, RINTANGAN::
    Untuk memudahkan para pelajar, formula segitiga dapat membantu para pelajar untuk melakukan pengiraan. Bagaimana ingin gunakan formula segitiga tersebut??


    HUKUM OHM
    Arus yang mengalir adalah berkadar terus dengan voltan yang digunakan.
    Semakin besar nilai voltan, semakin besar nilai arus elektrik

    Graf:

    ::CONTOH PENGIRAAN::
     
     


    BAB INI AKAN DISAMBUNG..
    HARAP PARA PELAJAR AKAN TERUS BERSEMANGAT
    UNTUK MENGULANGKAJI SUBJEK SAINS...
    TUNGGUUU....

    Thursday, June 9, 2011

    Saya sudah faham tetapi mengapa saya masih tidak ingat?

    Artikel ini adalah dari blog Osman Affan yang ingin cikgu kongsi dengan pelajar-pelajar. Selamat membaca!

    Sejak tahun 2004 hingga sekarang ini, saya kerap kali mendapat soalan seperti di atas. Pelajar sekolah menengah terutamanya mengadu beberapa masalah seperti berikut:
    1. Saya sudah faham topik Sejarah yang cikgu ajarkan tetapi di dalam peperiksaan saya masih tidak dapat menjawabnya.
    2. Saya faham apa yang cikgu ajarkan di dalam  kelas tetapi dalam dewan peperiksaan, saya lupa semuanya.
    3. Saya faham masa belajar dan mengulangkaji tetapi satu pun fakta yang saya faham itu keluar dari minda saya semasa berada dalam dewan peperiksaan.
    4. Saya baca buku di luar dewan peperiksaan. Saya faham nota dan buku itu. Namun apabila masuk dalam dewan peperiksaan, langsung saya tidak ingat.
    Masalah ini semua menimbulkan persoalan besar seperti yang tertera pada tajuk posting kali ini. Apa yang perlu kita fikirkan ialah, mengapa kita lupa walaupun kita sudah faham. Ibu kita suruh ke kedai untuk membeli beberapa barang. Kita faham arahan ibu kita itu. Namun adakah kita akan ingat semua senarai yang perlu kita beli (jika kita tidak menulisnya)?

    Saya percaya, ini sebenarnya bukan satu masalah. Ia cuma satu salah faham. Salah faham bagaimana? Saya percaya kebanyakan pelajar tersalah faham perbezaan di antara perkataan ‘FAHAM’ dan ‘INGAT’. Satu perkara yang pelajar perlu ketahui, FAHAM dan INGAT adalah dua perkara berbeza. Maksudnya, apa yang kita faham belum tentu kita akan ingat. Apa yang kita faham semasa cikgu mengajar di dalam kelas tidak semestinya kita ingat di dalam dewan peperiksaan. FAHAM dan INGAT memerlukan strategi yang berbeza.Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini?

    Cara paling baik untuk mengatasi masalah faham tetapi tidak ingat ialah dengan menguasai teknik-teknik memori. Adik-adik pelajar perlu pelajari bagaimana caranya untuk mudah ingat apa yang telah kita fahami. Maksudnya juga, selepas kita faham sesuatu, kita perlu lakukan sesuatu untuk mengingatinya. Jadi adik-adik semua, jika kita hadapi masalah seperti tajuk di atas, ia bukan bermakna kita ini mempunyai masalah dalam proses pembelajaran. Ia menunjukkan bahawa kita ini normal sahaja. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan mempelajari dan menguasai beberapa teknik asas memori agar apa yang kita pelajari dan fahami akan turut kita ingati.

    Ini pula teknik-teknik mengulangkaji pelajaran. Sila klik di SINI

    Selamat mengulangkaji dan mengingat serta menghafal..tidak cukup sekadar faham yer..Cikgu ReMy nak ucapkan terima kasih kepada En. Osman Affan, Pakar Motivasi terkenal.

    Tuesday, June 7, 2011

    [Quick Revision] F3 - Chapter 6

    TANAH DAN SUMBERNYA

    Pelajar-pelajar sekalian, kita akan membincangkan tajuk 6 yang berkisarkan berkenaan tanah dan garam galian yang terdapat di atas muka bumi ini. Bumi ciptaan tuhan ini begitu indah dan terdapat pelbagai mineral yang perlu kita kaji bersama-sama. Mungkin anda ingin menjadi seorang ahli geologi..ini adalah bidang yang perlu anda dalami..


    ::MINERAL::
    Mineral adalah sebarang unsur pepejal atau sebatian yang dijumpai secara semula jadi di kerak bumi. Mineral juga disebut sebagai galian yang boleh dijumpai di dalam tanah.
    Saiz mineral adalah berbeza-beza begantung kepada keadaan bagaimana ia terbentuk. Kebanyakan mineral ini wujud dalam bentuk kristal. Kristal boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti panjang, halus, dan berbentuk jarum.

    ::CIRI-CIRI MINERAL::

    1. KEKERASAN
    • Kebanyakan mineral adalah keras
    • Kekerasan mineral boleh diukur dengan menggunakan skala Mohs
    • Mineral yang keras boleh mengguris mineral yang lembut
    • Mineral yang paling keras di dunia adalah Berlian (Diamond) dan yang paling lembut adalah talkum.
    2.KETERLARUTAN DALAM AIR (SOLUBILITY)
    • Kebanyakan logam tidak boleh melarut di dalam air
    • Hanya sebatian berikut yang tidak boleh melarut di dalam air

    • Contoh : Kalium oksida, Kalium sulfida, Kalium karbonat, Natriun Oksida, Natrium sulfida, dan Natrium karbonat
    3. TINDAKAN HABA / KESAN PEMANASAN


    * Namun Natrium karbonat dan Kalium karbonat tidak akan diuraikan walau dipanaskan pada suhu yang tinggi.


    Monday, June 6, 2011

    Anda pasti akan BERJAYA ....

    Cikgu Remy yakin dengan pembacaan anda dan kesungguhan anda mengulangkaji subjek SAINS anda pasti akan berjaya..Terima kasih kerana menjadi blog cikgu sebagai destinasi revisi anda. Anda ingin berjaya? Of Course la nak kan...
     Cikgu sentiasa berpegang kepada falsafah ini:

    "Mengapa orang lain boleh BERJAYA dan mengapa bukan KITA?"

    Apabila kita selalu bertanya persoalan ini dalam diri kita..kita akan sedar banyak perkara yang menghalang kita untuk berjaya. Contohnya:
    MALAS
    Selalu memandang rendah diri sendiri
    Tidak bermotivasi
    Tiada matlamat masa hadapan
    Suka bertangguh kerja
    Melakukan dosa dan maksiat
    Berdosa dengan ibubapa, keluarga dan Guru
    Tidak yakin pada diri sendiri
    Buat kerja dengan sambil lewa
    Tidak serius
    Lebih suka berhibur dan bermain
    Buat kerja/ulangkaji pada saat-saat akhir
    dan macam-macam lagi yang hanya anda sahaja yang tahu..


    Jika anda berjaya mengatasi segala perkara di atas..anda pasti sudah selangkah untuk menggenggam nikmat kejayaan.
    Dengan kejayaan itu anda akan mengubah nasib anda dan keluarga anda.
    Anda akan:
    -Mendapat memasuki ke universiti
    -Mendapat biasiswa
    -Mendapat perkerjaan yang terbaik
    -Mendapat pendapatan yang lumayan
    -Hidup disanjungi dan dihormati
    -Dapat membalas jasa ibu bapa
    -Dapat membina keluarga yang bahagia


    Jadi pilihan di dalam hati anda..anda yang akan menentukan hidup anda. Selepas berusaha bersungguh-sungguh
    pastikan......
    anda mendapat berkat daripada
    +ALLAH
    +Ibu bapa
    +Guru-guru
    +Rakan-rakan 

    InsyaAllah..
    Jika segalanya dipermudahkan..apa yang anda inginkan akan tercapai
    KEJAYAAN itu pasti menjadi
    MILIK ANDA

    dan pada suatu hari nanti

    giliran ANDA pula....

    g0od LuCk~



    Gandakan usaha anda dengan set-set soalan berikut:
    sila klik di SINI atau
    sila klik di SINI 

     *cikgu remy ingin mengucapkan terima kasih kepada SMK Kampung Gelam kerana berkongsi latihan dan modul-modul.

    [Quick Revision] F3 - Chapter 5

    PERTUMBUHAN

    Pertumbuhan: 
    • Perubahan dalam sesuatu organisma dari segi jisim badan atau berat badan, saiz, dan bentuk tubuh badan dalam tempoh masa tertentu
    • Selain itu juga, perubahan fizikal, mental dan emosi sejak dilahirkan juga dianggap sebagai pertumbuhan.
    Ciri-ciri biasa yang digunakan untuk mengukur pertumbuhan manusia:
    1. BERAT
    2. KETINGGIAN
    3. KEPANJANGAN TANGAN
    4. SAIZ KEPALA MANUSIA

    LENGKUK PERTUMBUHAN MANUSIA
    (GRAF PERTUMBUHAN)




    Kadar pertumbuhan manusia boleh dibahagikan kepada 5 Fasa seperti mana pada gambar rajah di atas. Berikut adalah penerangan berkenaan setiap fasa dalam graf pertumbuhan manusia.

    Thursday, June 2, 2011

    INGIN MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN?

    1. Klik link Q-Net Melaka bahagian kanan blog Cikgu Remy
    2. Klik link ibubapa dan pelajar (Bahagian bawah)
    3. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda dan nombor kod keselamatan yang diberikan
    4. Klik pada bahagian kod kawalan untuk menyemak keputusan peperiksaan anda.
    5. Selamat mencuba!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...